Harian Metro

Ajar ‘si kaki sidai’

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 122 kenderaan pengangkut­an awam parkir sesuka hati disaman

Polis trafik hilang sabar apabila segelintir pemandu pengangkut­an awam khususnya teksi kerap meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di bahu jalan sehingga menyebabka­n kesesakan jalan raya.

Lebih mengejutka­n ada antara pemandu teksi terbabit tidak berpakaian lengkap dan hanya memakai selipar, sekali gus memberi imej buruk kepada sistem pengangkut­an awam.

Tindakan degil mereka membawa padah apabila disaman pihak berkuasa melalui operasi ‘Ops Halangan’ semalam.

Dalam operasi bersepadu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bersama Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), sebanyak 122 kenderaan termasuk 77 teksi disaman atas pelbagai kesalahan meletak kenderaan manakala sebuah teksi lagi disita kerana pemandunya tidak memiliki kad perakuan pemandu.

Operasi dijalankan di kawasan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak berdekatan pejabat Kedutaan Indonesia, Persiaran KLCC dan Jalan Ampang itu bermula jam 3 hingga 5 petang.

Ketua Operasinya, Asisten Superinten­dan Mohd Hasbullah Saidin berkata, operasi dilaksanak­an berikutan rungutan orang awam berhubung kesesakan jalan di kawasan berkenaan yang dikatakan berpunca sikap pemandu yang meletak kenderaan mereka sesuka hati.

“Antara kesalahan yang dilakukan termasuk berhenti terlalu lama sehingga menimbulka­n halangan dan ke- sesakan lalu lintas serta ada pemandu meletakkan kenderaan di garisan kuning.

“Orang ramai perlu faham bahawa jalan-jalan ini sesak dan sekiranya pemandu tetap mahu meletakkan kenderaan di bahu jalan, ia hanya akan memburukka­n keadaan sehingga menjadi sesak teruk,” katanya kepada Harian Metro selepas operasi itu, semalam.

Menurutnya, tindakan berterusan akan dijalankan bagi memastikan kelancaran trafik dan mendidik pemandu supaya tidak mementingk­an diri ketika di jalan raya.

 ??  ?? ANGGOTA polis trafik mengeluark­an saman ke atas kenderaan yang melanggar peraturan.
ANGGOTA polis trafik mengeluark­an saman ke atas kenderaan yang melanggar peraturan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia