Harian Metro

3 penjenayah samun salun rambut RM15,000

-

Shah Alam: Tiga penjenayah bersenjata parang menyamun barangan dan wang tunai milik pelanggan serta pekerja salun rambut menyebabka­n kerugian RM15,000 di Jalan Setia Prima, Setia Alam, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 5.15 petang, tiga lelaki berusia 30-an memasuki premis sebelum meluru ke kaunter juruwang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika kejadian ada beberapa pekerja dan tiga pelanggan sebelum mereka dikejutkan kehadiran kumpulan itu.

“Tiga lelaki itu memasuki premis dan terus ke kaunter juruwang sambil mengacukan parang. Me- reka mengambil wang tunai RM8,000.

“Selain itu, ketiga-tiga suspek melarikan beberapa barangan milik pekerja dan pelanggan antaranya empat telefon bimbit, seutas rantai emas dan seutas rantai platinum,” katanya.

Menurutnya, tiada mangsa cedera dalam kejadian dan pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu dan kawasan berhampira­n bagi mengenal pasti suspek.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurka­nnya ke balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222.

Ketiga-tiga suspek melarikan beberapa barangan milik pekerja dan pelanggan antaranya empat telefon bimbit, seutas rantai emas dan seutas rantai platinum”

Shafien

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia