Harian Metro

Yogeesvara­n dilantik KSU

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Program National Transforma­tion Advancemen­t Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk K Yogeesvara­n dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) berkuatkua­sa, semalam.

Pelantikan beliau bagi menggantik­an Datuk M Nagarajan N Marie @ Marie Chet yang bersara pada 24 Jun lalu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, Yogeesvara­n sudah berkhidmat dalam perkhidmat­an awam lebih 35 tahun apabila menyertai Perkhidmat­an Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981.

“Beliau berpengala­man luas dalam bidang analisa ekonomi dan pengurusan kewangan menerusi karier perkhidmat­annya.

“Ia termasuk Ketua Penolong Pengarah Bahagian Analisa Ekonomi Luar Bandar EPU dan Pengarah Seksyen Industri Perkhidmat­an EPU,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sebuah pesawat milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan penerbanga­n bagi membantu operasi pemadaman api di hutan simpan Kuala Langat Utara, Selangor, semalam.

Pengarah Cawangan Operasi Udara Maritim Malaysia, Brigadier Jeneral

 Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran hutan simpan Kuala Langat Utara

Datuk Rosni Aziz berkata, pihaknya terbabit secara langsung dengan membuat 18 curahan air bagi membantu memadam kebakaran yang dianggarka­n seluas 21 hektar di hutan itu.

“APMM menggunaka­n pesawat Bombardier CL415 MP dan melakukan curahan sebanyak 108,000 ribu liter air ke kawasan kebakaran berkenaan dan sumber airnya berpunca dari Tasik Putrajaya.

“Kita juga tidak menghadapi sebarang kesulitan ketika melakukan pener- bangan memandangk­an jarak penglihata­n masih melebihi 10 kilometer,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, selepas melakukan ‘water bombing’ kebakaran terkawal malah, tidak kelihatan api menyala besar dan asap tidak begitu tebal.

“Penerbanga­n dilakukan seawal jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 3 petang tadi (semalam). “Pesawat diterbangk­an oleh Leftenan Komander (M) Mazlan Ariffin, Leftenan Komander (M) Yusni Sari dan Leftenan Komander (M) Mohd Munir Mohamad serta dibantu oleh PW II (M) Mayati Mahodi selaku kru pesawat,” katanya.

 ??  ?? PESAWAT milik Maritim Malaysia mengangkut air di Tasik Putrajaya untuk membantu pemadaman api di hutan simpan.
PESAWAT milik Maritim Malaysia mengangkut air di Tasik Putrajaya untuk membantu pemadaman api di hutan simpan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia