Harian Metro

TARIK PELABUR

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

TRX bakal dibangunka­n sebagai hab kewangan ASEAN

TRX City Sdn Bhd (TRX City) kini dalam peringkat perbincang­an lanjutan dengan beberapa pelabur termasuk daripada kalangan jenama terkemuka dunia khususnya dalam sektor perbankan dan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TRX City Datuk Azmar Talib berkata, ia selaras dengan matlamat syarikat untuk menjadikan TRX sebagai hab kewangan ASEAN.

“Kami dalam perbincang­an dengan pelabur dan pelbagai jenama terkemuka dunia yang percayakan kepada wawasan kami,” katanya dalam ucapan alu-aluan kepada beberapa pemimpin misi yang mengunjung­i tapak TRX, di sini, semalam.

Menurutnya, ia langkah yang diambil bagi membangunk­an lokasi TRX sebagai hab kewangan ASEAN namun setakat ini tiada maklumat terperinci dapat diberikan dan hanya akan diumumkan kelak.

“Langkah ini signifikan dengan perjanjian yang dimeterai dengan HSBC, baru-baru ini yang berminat melabur di sini,” katanya.

Baru-baru ini, TRX City memeterai perjanjian jual

adalah beli dengan HSBC yang membabitka­n pengambila­lihan fasa pertama ruang pejabat dengan keluasan minimum 568,000 kaki persegi.

Kumpulan perbankan terbesar Eropah itu melabur AS$250 juta (RM1.064 bilion) bagi membina ibu pejabatnya di Malaysia di TRX.

TRX dijangka menjadi

(CBD) selepas ia mula beroperasi kelak dengan Stesen TRX akan menjadi stesen paling sibuk di Kuala Lumpur dengan dua perkhidmat­an (pengangkut­an) dan sehingga 25,000 penumpang sejam pada waktu puncak.

Kira-kira 50 peratus ruang yang disediakan adalah unit pejabat namun terdapat ruang untuk kediaman yang mewakili 30 peratus manakala hotel (10 peratus) dan ruang perniagaan (10 peratus).

Menurutnya, 80 peratus tanah di bahagian utara sudah dikomersia­lkan dan sedang dalam perbincang­an lanjut.

Sementara itu, CEO InvestKL Malaysia, Datuk Zainal Amanshah yang ditemui pada majlis sama berkata, seramai 13 duta dan wakil dari 21 negara dibawa melawat tapak TRX bagi melihat sendiri perkembang­an projek berkenaan.

Ini termasuk wakil United Kingdom, Perancis, Belgium, New Zealand, Kazakhstan, Belanda, China dan Jepun.

 ??  ?? AZMAR (dua dari kiri) memberi penerangan mengenai perkembang­an projek pembanguna­n TRX kepada wakil kedutaan dari pelbagai negara di Galeri TRX.
AZMAR (dua dari kiri) memberi penerangan mengenai perkembang­an projek pembanguna­n TRX kepada wakil kedutaan dari pelbagai negara di Galeri TRX.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia