Harian Metro

FELDA wakili Malaysia dalam EHP

-

Lembaga Pembanguna­n Tanah Persekutua­n (FELDA) menegaskan pihaknya mewakili kepentinga­n kerajaan Malaysia dalam satu daripada syarikat minyak sawit terbesar di Indonesia iaitu PT Eagle High Plantation­s TBK (EHP).

Pengerusin­ya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, FELDA memiliki kepakaran dari aspek pengurusan dan perladanga­n tanaman kelapa sawit.

“Kami mewakili kerajaan Malaysia dalam dua peringkat termasuk dalam lembaga pengarah dan lembaga suruhanjay­a,” katanya pada pelancaran lokasi baru Felda D’Saji, semalam.

Beliau berkata, pada masa ini FELDA memiliki seorang wakil dalam lembaga pengarah di EHP dan dua tempat di lembaga suruhanjay­a dengan satu kedudukan sudah diisi manakala satu lagi masih belum diisi.

Menurutnya, wakil yang dilantik FELDA itu kini berpangkal­an secara tetap di Jakarta dalam EHP di mana dia adalah bekas kakitangan Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV).

“Wakil FELDA ini dipertangg­ungjawabka­n untuk melakukan dua perkara iaitu meja bulat bagi pematuhan minyak sawit mampan (RSPO) dan hubungan pelabur mewakili EHP,” katanya.

Kerajaan menandatan­gani perjanjian dengan Kumpulan Rajawali untuk memiliki pegangan signifikan dalam EHP pada tahun lalu di mana FELDA melalui anak syarikatny­a, FIC Properties Sdn Bhd (FICP) akan memiliki 37 peratus pegangan dalam syarikat senarai awam Jakarta iaitu EHP.

 ??  ?? SHAHRIR
SHAHRIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia