Harian Metro

Kre8tif! semarak industri kreatif tempatan

-

Cyberjaya: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memulakan Festival dan Persidanga­n Kandungan Kreatif Asia Tenggara 2017 (Kre8tif!) bermula semalam hingga 12 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood berkata, persidanga­n yang berlangsun­g di Cyberjaya mampu membuka peluang kepada industri tempatan.

“Industri kandungan kreatif sehingga 2016 berupaya menghasilk­an pendapatan sehingga RM7.6 bilion untuk tempoh empat tahun, sekali gus menyumbang kepada RM1.17 bilion jumlah jualan eksport industri terbabit yang juga tertinggi dibawah seliaan MDEC,” katanya ketika pembukaan Kre8tif!, semalam.

Kre8tif! menjadi platform tiga peringkat iaitu perniagaan, bakat dan umum yang membolehka­n ekosistem berjalan dengan lancar. Ia juga penting buat negara apabila kandungan kreatif menyalurka­n RM9.55 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kami jangkakan kerjasama antara syarikat tempatan dan antarabang­sa mampu bekerjasam­a dalam pembanguna­n industri terutama untuk produksi bersama.

“Persidanga­n ini menyasarka­n seni, permainan, kesan khas dan media digital sebagai kandungan utama acara itu. Ia secara tidak langsung mampu mempromosi­kan industri kreatif kepada penduduk tempatan dan negara asing mengenai keupayaan Malaysia dalam bidang ini,” katanya.

Persidanga­n dua hari itu membabitka­n 36 penceramah. Orang ramai boleh menyertai festival pada 11 dan 12 Ogos yang mana anda boleh menemui karakter seperti BoboiBoy, Didi and Friends, Ejen Ali dan Chuck Chicken yang dibuka kepada umum di TSI Sports Arena, Cyberjaya.

 ??  ?? YASMIN (duduk, tengah) bersama anggota panel persidanga­n pada majlis perasmian Kre8tif!, semalam.
YASMIN (duduk, tengah) bersama anggota panel persidanga­n pada majlis perasmian Kre8tif!, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia