Harian Metro

MACAM KENA ASID

- Daily Mail

 Wanita melepuh seluruh badan kerana kulit nipis, mudah koyak

Seorang wanita menderita penyakit kulit pelik yang menyebabka­n dia kelihatan seperti melecur dan sering disangka menjadi mangsa serangan asid.

Myra Ali, 29, bagaimanap­un tidak bersedih dengan keadaannya walaupun seluruh tubuh melepuh manakala jari-jarinya melekat sehingga menyebabka­n dia hanya boleh menggunaka­n ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan.

Dia menderita penyakit epidermoly­sis bullosa (EB) yang menyebabka­n kulitnya begitu nipis sehingga mudah terkoyak dan sering dalam kesakitan.

“Saya enggan membiarkan sakit ini menjatuhka­n semangat saya. Saya cuba hidup seperti wanita biasa dengan menggunaka­n mekap, baju yang cantik serta kasut tumit tinggi walaupun kadangkala ia menyakitka­n saya.

“Saya tidak mahu hanya merintih mengenai kesusahann­ya. Walaupun kaki melecet teruk saya membalutny­a dan memakai kasut tumit tinggi,” katanya.

Malah dia juga mampu bersolek walaupun cuma menggunaka­n dua jari.

Menurutnya, sikap positif itu penting kerana ia membuatkan­nya rasa lebih menarik dan feminin.

“Ramai orang terkejut melihat mekap saya yang sempurna. Selalunya mereka menyangka kakak saya yang menyolek saya tetapi sebenarnya tidak. Saya melakukann­ya sendiri.

“Cuma waktu pagi jururawat yang membantu saya bersiap akan mengeluark­an apa yang akan dipakai untuk memudahkan kerja saya,” katanya.

Menurutnya, berpakaian cantik dan kemas juga penting untuk memastikan persepsi orang terhadapny­a kekal positif terutama apabila dia sendiri patah semangat.

Katanya, dia sering ditanya sama ada dia mangsa serangan asid.

Dia yang dilahirkan tanpa kulit pada kakinya mengakui ada kalanya dia kecewa dan sedih, terutama selepas keadaan tangannya semakin teruk.

Menurutnya, perbuatan biasa seperti menggosok gigi juga akan menyebabka­n keperitan pada mulut dan tekaknya sehingga menyukarka­n dia makan selama dua minggu.

 ??  ??
 ??  ?? MYRA mengalami lepuhan di seluruh badannya. - Daily Mail
MYRA mengalami lepuhan di seluruh badannya. - Daily Mail
 ??  ?? MYRA mampu bersolek walaupun cuma menggunaka­n ibu jari dan jari telunjuk. - Daily Mail
MYRA mampu bersolek walaupun cuma menggunaka­n ibu jari dan jari telunjuk. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia