Harian Metro

Hadiah untuk bunuh ‘polis’

 Duterte tawar RM170,000 kepada polis yang bunuh rakan sekerja terbabit dengan dadah

-

President Rodrigo Duterte

semalam mengumumka­n hadiah ‘hidup atau mati’ berjumlah 2 jua peso (RM170,000) bagi setiap nyawa anggota polis yang dituduhnya membantu ahli politik yang terbabit dengan kegiatan dadah dan berkata, dia lebih suka mereka dibunuh.

Gesaan kepada polis supaya membunuh rakan mereka adalah kenyataan terbaru Duterte dalam kempen kontrovers­i memerangi dadahnya yang setakat ini sudah meragut ribuan nyawa.

Dia mengumumka­n tawaran itu tidak lama selepas berunding dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson.

Berucap di ibu pejabat polis, Duterte menawarkan hadiah berkenaan untuk nyawa beberapa anggota polis yang didakwa membantu seorang datuk bandar yang terbunuh dalam operasi antidadah pada 30 Julai lalu.

“Ada hadiah bagi setiap nyawa anggota polis itu. Saya menawarkan dua juta peso bagi setiap nyawa mereka dan anda boleh bercuti untuk memburu mereka.

“Saya tidak mahu bercakap lebih panjang supaya anda berpeluang memburu ‘penyangak’ berkenaan,” katanya kepada anggota polis yang hadir di majlis itu.

Menurutnya, hadiah itu akan dibayar jika anggota polis terbabit ditemui, ‘mati atau ditangkap hidup.

Bagaimanap­un, katanya dia lebih suka jika mereka mati.

Dia mendakwa anggota polis berkenaan bekerjasam­a dengan Reynaldo Parojinog, Datuk Bandar Ozamiz yang mati dalam serbuan antidadah bersama isteri, adiknya dan 13 yang lain.

Polis berkata, mereka terpaksa membunuh mereka kerana mempertaha­nkan diri.

Bagaimanap­un, peguam Parojinog bertegas menyatakan, datuk bandar itu dan yang lain tidak melawan ketika ditangkap.

Seperti yang dilakukann­ya sebelum ini, Duterte semalam turut berikrar memberi perlindung­an guaman kepada anggota polis yang yang membunuh Parojinog dan 15 yang lain.

“Jika mereka didapati bersalah kerana membunuh, mereka akan diberi pengampuna­n,” katanya.

Sejak dia menjadi presiden pertengaha­n tahun lalu, polis mengesahka­n membunuh lebih 3,400 orang dalam operasi antidadah.

Lebih 2,000 ditembak mati dalam jenayah yang ada kaitan dengan dadah dan ribuan dibunuh tanpa sebab yang jelas, menurut data polis.

 ??  ?? DUT ERT E
DUT ERT E

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia