Harian Metro

Idham juga seperti Duterte

-

Jakarta: Ketua Polis Jakarta yang baru, Inspektor Jeneral Idham Aziz berikrar memerangi pengedar dadah, khususnya dari luar negara dan bersedia bertanggun­gjawab terhadap tindakan orang bawahnya jika mereka menembak mati pengedar dalam operasi antidadah.

“Jika pengedar dadah mahu meminta maaf dan kesal terhadap tindakan mereka, itu urusan mereka dengan Tuhan. Urusan saya ialah menghantar mereka menghadap Tuhan,” kata Idham di ibu pejabat polis Jakarta, kelmarin.

Dia yang dilantik menjadi ketua polis bandar raya itu 26 Julai lalu turut menyuaraka­n penghargaa­nnya kepada pasukan penyiasat yang menghalang cubaan menyeludup satu tan syabu di Anyer, Banten bulan lalu.

Ia adalah rampasan terbesar dadah di Indonesia.

Tiga lelaki warga Taiwan ditangkap dan seorang lagi ditembak mati dalam serbuan berkenaan.

Menurut Idham, dia tidak akan teragak-agak untuk memecat orang bawahnya jika mereka gagal menangani penyeludup­an dadah besar-besaran di Jakarta.

“Tidak ada tolak ansur. Jika ketua unit dadah tidak boleh menguatkua­sakan undang-undang terhadap pengedar dadah, saya akan menggantik­an mereka,” katanya.

Jakarta Raya mencatatka­n permintaan tertinggi terhadap dadah berbanding wilayah lain di negara itu, menurut Agensi Narkotik Kebangsaan (BNN).

Polis Indonesia baru-baru ini berkata, negara itu kini menjadi sasaran utama sindiket dadah antarabang­sa selepas kerajaan negara jiran mengetatka­n dasar antidadah mereka. - Agensi

 ??  ?? IDHAM
IDHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia