Harian Metro

Tembak jika tiada pilihan

-

New Delhi: Seekor gajah yang membunuh 15 orang di timur India sejak beberapa bulan lalu akan ditembak mati jika tidak dapat dikawal, kata pegawai perhutanan, semalam.

Renjer hidupan liar dan pemburu behimpun di Jharkhand lewat kelmarin selepas seorang lagi mangsa dipijak mati, kata ketua pegawai perhutanan dan hidupan liar negeri, L R Singh kepada AFP.

Gajah itu membunuh empat mangsa di Bihar Mac lalu sebelum melintas sempadan negeri ke Jharkhand dan membunuh 11 yang lain.

“Penduduk kampung kini hidup ketakutan, terutama etnik Paharia yang tinggal di kawasan berbukit tempat gajah itu dilihat. Sesuatu perlu dilakukan,” katanya merujuk kepada penduduk etnik termiskin di situ.

Menurutnya, pasukan terdiri daripada pakar dan pemburu kini berbincang untuk mencari jalan penyelesai­an dan akan membuat keputusan secepat mungkin mengenai apa yang perlu dilakukan.

“Kami tidak mahu menembakny­a, itu memang pilihan terakhir,” katanya.

Gajah itu dipercayai sesat selepas terpisah daripada kumpulan gajah lain dan memasuki beberapa perkampung­an sebelum menyerang penduduk.

Kira-kira 60 orang mati di Jharkhand akibat diserang gajah setiap tahun sementara kementeria­n alam sekitar India menganggar­kan seorang maut di India setiap hari akibat pertembung­an dengan gajah, kebanyakan­nya mati dipijak.

Singh berkata, kejadian seumpama itu meningkat apabila semakin banyak kawasan hutan dibersihka­n untuk dijadikan kawasan penempatan atau perindustr­ian. - AFP

 ??  ?? SEBUAH kereta yang dihempap batu. - AFP
SEBUAH kereta yang dihempap batu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia