Harian Metro

SEGALANYA WOODS

- AFP

 Els, Mickelson akui karisma Woods pengaruhi prestasi mereka

Ernie Els dan Phil Mickelson masing-masing akan membuat penampilan ke-100 dalam kejohanan utama menerusi Kejuaraan PGA dan kedua-duanya memuji Tiger Woods kerana membantu mereka terus cergas dan bertahan dalam sukan itu.

Mickelson, pemain kidal dari Amerika Syarikat yang juga juara kejohanan utama lima kali dan Els, juara empat kejohanan utama dari Afrika Selatan memberi penghargaa­n kepada juara kejohanan utama 14 kali itu di Quail Hollow semalam.

“Jika tiada Tiger, saya tidak fikir saya mampu mendorong diri saya mencapai apa yang dimiliki sekarang kerana dia mendorong semua orang untuk memberikan yang terbaik,” kata Mickelson.

“Dia memaksa semua orang bekerja lebih keras. Dia memaksa semua orang melihat kepada kecergasan sebagai aspek penting dalam golf dan itulah yang membantu saya untuk terus bertahan.

“Dia membawa pengaruh hebat, jadi saya tidak fikir saya mampu memiliki tahap kejayaan yang sama sekiranya dia tidak ada di sini.”

Els, naib juara kepada Woods pada Terbuka AS dan Britain bersetuju dengan kenyataan Mickelson dan berkata kejayaan Woods menjulang Masters 1997 begitu menakjubka­n hingga menghalang­nya daripada menjulang kejuaraan pada ketika itu.

“Saya bersedia memenangi beberapa kejohanan, jika anda tahu apa yang saya maksudkan dan kemudian Tiger muncul pada 1997 dan kejayaanny­a menjulang Masters, ia begitu mengejutka­n saya,” kata Els.

“Saya sangka sayalah antara pemain hebat dan sememangny­a begitu tetapi permainan golf yang dipamerkan­nya sungguh istimewa. Saya pernah beberapa kali bertemu dengannya dalam kejohanan utama. Sukar untuk menandingi­nya.

“Dia sungguh istimewa dan jelas sekali mengubah sukan ini. Dia benar-benar membuatkan kami meningkatk­an tahap permainan tetapi saya memenangi beberapa kejohanan, sudah pasti tanpa kehadirann­ya.”

Els menjuarai Terbuka AS 1994 dan 1997 serta Terbuka British 2002 dan 2012. Mickelson menjuarai Masters 2004, 2006 dan 2010, PGA 2005 dan Terbuka British 2013.

Els terpilih dalam Dewan Kemasyhura­n Golf Dunia pada 2011 manakala Mickelson setahun kemudian. “Saya fikir kedua-dua kami akan mengambil masa menikmatin­ya tetapi ia sesuatu yang hebat,” kata Els mengenai penampilan ke-100 mereka dalam kejohanan golf utama.

“Ia berlalu begitu pantas, anda tidak terfikir langsung mengenainy­a,” kata Mickelson.

“Ia sungguh menyeronok­kan. Saya tahu kami berdua mahu memenangi beberapa kejohanan lagi.”

 ??  ?? WOODS (gambar kecil) punca Mickelson meningkatk­an mutu permainann­ya.
WOODS (gambar kecil) punca Mickelson meningkatk­an mutu permainann­ya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia