Harian Metro

RAMUAN BARU GUARDIOLA

Pengendali City itu mahu rebut kembali gelaran juara Liga Perdana Inggeris

-

Tergugat dengan prestasi mengecewak­an pada musim pertamanya di England, Pep Guardiola membuat perancanga­n rapi untuk meletakkan kembali Manchester City sebagai juara Liga Perdana Inggeris.

Harapan yang diletakkan terhadap Guardiola di Manchester begitu tinggi selepas bertahun lamanya City cuba mendapatka­nnya tetapi cabaran itu tidak menjadi kenyataan apabila pulang tangan kosong dalam semua kejohanan.

Mereka kembali ke kancah saingan hujung minggu ini selepas berbelanja sekitar £200 juta (RM1.115 bilion) untuk membeli pemain dan Guardiola percaya pihaknya sudah mula membentuk barisan skuad baru.

“Musim lalu kami adalah antara pasukan tertua di Liga Perdana. Kami tidak membeli pertahanan selama lima atau enam tahun,” kata Guardiola.

“Kami memutuskan musim lalu untuk mengubah pasukan untuk menjadikan mereka lebih muda untuk empat atau lima tahun lagi.

“Danilo berusia 26, (Benjamin) Mendy 23, Bernardo (Silva) 22, Ederson 23, jadi kami membeli pemain yang pastinya stabil untuk beberapa tahun lagi.”

Musim lalu memberikan beberapa petanda positif, bermula dengan 10 kemenangan berturut-turut, kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Barcelona tetapi City gagal meneruskan konsistens­i.

Guardiola tampaknya kurang bersedia untuk aksi bola sepak Inggeris yang lebih fizikal dan dicemuh kerana berkata beliau ‘bukannya jurulatih untuk melakukan terjahan’ selepas kekalahan 2-4 kepada Leicester City.

Aksi bola sepak City sememangny­a menakjubka­n kerana hanya tewas kepada Chelsea dan Tottenham Hotspur tetapi mencari barisan pertahanan yang mantap ternyata memeningka­n Guardiola.

John Stones masih gugup selepas dibeli pada harga tinggi daripada Everton dan rasa tidak puas hati Guardiola terhadap pertahanan­nya menyebabka­n pemain tengah Fernandinh­o dan Jesus Navas turut diletakkan dalam posisi bertahan.

Pemain juga tidak diletakkan dalam posisi yang janggal buat mereka apabila Guardiola membawa masuk tiga pertahanan hebat – Kyle Walker, Benjamin Mendy dan Danilo – dengan kos berjumlah £124 juta (RM691.7 juta).

Guardiola juga berharap dapat mengatasi masala penjaga gol, meringanka­n beban Claudio Bravo dengan membawa masuk penjaga gol Brazil Ederson dari Benfica dengan kontrak bernilai £35 juta (RM195.2 juta).

Bernardo Silva yang dibawa masuk dari Monaco, mengukuhka­n barisan serangan yang turut dibarisi Sergio Aguero, Gabriel Jesus, Leroy Sane, David Silva, Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling.

“Di atas kertas Manchester City mempunyai pasukan terbaik,” kata bekas pemain tengah England Owen Hargreaves menerusi laman web rasmi Liga Perdana Inggeris.

“Pep Guardiola terpaksa bekerja keras untuk melakukan rombakan tetapi City adalah pasukan pilihan saya.”

Penjaga gol sokongan

Willy Caballero, pertahanan Pablo Zabaleta, Bacary Sagna dan Gael Clichy serta Jesus Navas dan Nolito meninggalk­an kelab itu manakala Joe Hart yang tidak lagi mendapat perhatian kini dipinjamka­n pula ke West Ham

United.

Danilo berusia 26, (Benjamin) Mendy 23, Bernardo (Silva) 22, Ederson 23, jadi kami membeli pemain yang pastinya stabil untuk beberapa tahun lagi”

Pep Guardiola

 ??  ?? MENDY
MENDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia