Harian Metro

Lemina sah jadi milik Saints

-

dikaitkan dengan Manchester City, tidak beraksi bersama Arsenal sewaktu pramusim selepas diberi cuti tambahan berikutan pembabitan­nya dengan Piala Konfederas­i bersama Chile.

Wenger berkata penyerang itu mengalami kecederaan abdomen sebelum datang ke Wembley (untuk perlawanan Perisai Komuniti),” kata Wenger.

“Dia menjalani imbasan dua hari lalu dan berehat buat beberapa ketika. Saya tidak tahu sama ada dua minggu atau seminggu lagi tetapi dia tidak akan bermain. Dia juga tidak akan bermain di Stoke.

“Bagi kami ketiadaan Alexis Sanchez satu kerugian tetapi kami mempunyai pemain lain yang bersedia pada pramusim dan kesemua mereka sudah bersedia.” -AFP London: Southampto­n membayar yuran perpindaha­n dengan rekod tertinggi kelab itu untuk membawa masuk pemain tengah Gabon Mario Lemina dari Juventus dengan kontrak selama lima tahun, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu semalam.

Juventus mengesahka­n dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka kontrak awal pemain itu bernilai 17 juta euro (RM85.6 juta) bakal meningkat tiga juta euro (RM15.1 juta) lagi.

Lemina, 23, menjuarai gelaran Serie A dan Piala Itali dua kali dengan kelab Turin itu dan turut beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

“Saya fikir projek ini menarik perhatian saya dan ia bagaikan keluarga yang ditinggalk­an. Saya benar-benar gembira berada di sini,” kata

Lemina menerusi laman web kelab itu.

Pembelian termahal

Saints sebelum ini adalah pemain tengah Maghribi Sofiane

Boufal, yang menyertai kelab itu daripada Lille, Perancis pada

Ogos 2016.

Ketibaan Lemina memberi semangat buat penyokong Southampto­n selepas bek tengah Belanda Virgil van Dijk berkata kelmarin dia sudah pun menghantar permohonan berpindah kelab dan meluahkan kekecewaan­nya terhadap kelab itu yang enggan melayan bidaan kelab lain untuknya.

Lemina adalah pemain kedua dibeli kelab itu selepas bek tengah Poland Jan Bednarek dari Lech Poznan.

“Mario adalah pemain luar biasa yag sudah pun mencapai sesuatu sepanjang karier, menang pelbagai gelaran dan meraih pengalaman beraksi di pentas terhebat bola sepak dunia,” kata Naib Pengerusi (Bola Sepak) Southampto­n Les Reed.

 ??  ?? Saya fikir kami masih belum membuka sebarang tawaran untuknya seperti yang saya katakan kepada anda berulang kali”
Saya fikir kami masih belum membuka sebarang tawaran untuknya seperti yang saya katakan kepada anda berulang kali”
 ??  ?? LEMINA
LEMINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia