Harian Metro

‘PSG tak pernah hubungi kami’

-

London: Pengurus Arsenal Arsene Wenger berkata beliau tidak pernah menghubung­i Paris Saint-Germain mengenai Alexis Sanchez, yang akan terlepas aksi awal musim akibat kecederaan.

Sanchez, 28, yang dikaitkan dengan perpindaha­n dengan PSG yang baru saja melengkapk­an perpindaha­n rekod dunia 222 juta euro (RM1.117 bilion) untuk membeli bintang handalan Barcelona Neymar.

Namun Wenger berkata beliau tidak mendengar apa-apa daripada Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi dan merujuk kepada laporan media Perancis yang membayangk­an PSG lebih berminat mendapatka­n pemain Monaco Kylian Mbappe.

“Sudah lama saya tidak menghubung­i Nasser, mungkin kerana beliau terlalu sibuk melengkapk­an proses perpindaha­n Neymar,” kata Wenger pada sidang media di pangkalan Arsenal di London Colney.

Ditanya sama ada beliau menjangkak­an akan dihubungi Al-Khelaifi, Wenger membalas: “Tidak, tidak. saya fikir jika anda membaca akhbar Perancis, mereka sedang memburu Mbappe untuk melengkapk­an pasaran perpindaha­n mereka

Wenger bagaimanap­un terus berteka-teki apabila ditanya sama ada wujud sebarang bidaan untuk Sanchez.

“Saya tidak boleh beritahu buat masa ini,” kata jurulatih kelahiran Perancis itu yang akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris di laman sendiri menentang Leicester City pada Jumaat.

“Saya fikir kami masih belum membuka sebarang tawaran untuknya seperti yang saya katakan kepada anda berulang kali.”

Sanchez, yang turut

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia