Harian Metro

FAM tak masuk campur kontrak B

-

Kuala Lumpur: Isu tunggakan gaji pemain skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih belum selesai biarpun sudah berlarutan selama dua tahun.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa terutamany­a dalam isu kontrak B yang membabitka­n perjanjian antara pemain dan majikan saja.

Bagaimanap­un, isu kontrak A yang mengikut standard FAM sudah dilunaskan ATM sebelum ini.

Justeru, Tunku Ismail meminta supaya ATM dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dapat menyelesai­kan isu tunggakan itu tanpa perlu menunggu lebih lama.

“FAM tak boleh buat apa-apa, cuma saya sebagai Presiden berharap ATM dan Menteri Pertahanan akan lihat isu ini dengan baik.

“Saya harap kita boleh cari penyelesai­an berkenaan perkara ini. Saya pun tak tahu kenapa,” katanya pada sesi bual bicara ‘Face Off’ bersama Presiden FAM di Johor Bharu, kelmarin.

Terdahulu, Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar menjelaska­n isu gaji tertunggak membabitka­n pemain atau bekas pemain ATM masih lagi berlarutan hingga kini.

Jelas Hairuddin, sekiranya kes kontrak B itu dirujuk kepada Mahkamah Sivil, ia akan mengambil tempoh masa yang panjang untuk diselesaik­an. “Andai kata Jawatankua­sa Status FAM mengeluark­an keputusan bahawa kontrak ini tidak diterima, maka barulah kami boleh bawa kes semula ke Mahkamah Sivil.

“Ia akan ambil masa yang sangat lama. Perkara ini (menyebabka­n) saya didesak oleh pemain-pemain ATM,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia