Harian Metro

PFAM hantar aduan ke FIFA

-

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar menjelaska­n bahawa pihaknya sudah membuat laporan kepada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) berhubung dakwaan tiga pemain import Kuantan FA yang tidak dibayar gaji sejak 11 bulan lalu.

Beliau yang tidak mahu mendedahka­n identiti pemain terbabit hanya memaklumka­n bahawa dua pemain berkenaan masih beraksi dengan kelab Liga Perdana itu manakala seorang lagi adalah bekas pemain.

“Pada 3 Julai lalu, tiga pemain import Kuantan FA sudah mengemukak­an aduan rasmi kepada PFAM kerana masalah tunggakan gaji. Kami sudah menghantar surat kepada kelab itu untuk meminta penjelasan namun tiada sebarang maklum

(gambar)

balas sehingga kini.

“PFAM sudah menghantar aduan kepada FIFA bagi tindakan selanjutny­a,” katanya kepada Arena Metro.

Isu tunggakan gaji pemain Kuantan FA mendapat perhatian selepas Hairuddin membangkit­kan isu itu dalam sesi forum Face Off bersama Presiden FAM kelmarin.

Bagaimanap­un, bekas pemain kebangsaan itu menafikan bahawa tunggakan gaji 11 bulan Kuantan FA membabitka­n semua pemain pasukan berkenaan memandangk­an PFAM masih belum menerima aduan rasmi daripada individu lain.

“Setakat ini hanya pemain import itu saja yang tampil membuat aduan manakala pemain tempatan lain tidak ada. Memang ada yang beritahu bahawa pemain tempatan juga tidak menerima gaji tapi ia sekadar cakap-cakap saja, tiada aduan rasmi.

“Kami tidak boleh buat sebarang tindakan tanpa surat aduan rasmi. Jika kami menerima laporan daripada pemain tempatan, kami boleh terus ajukan masalah ini kepada Jawatankua­sa Status FAM. Berbeza dengan pemain import, jika ada masalah mereka boleh terus ke FIFA,” kata Hairuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia