Harian Metro

‘Tak mustahil kekal di Liga Super’

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Di atas kertas, Pulau Pinang sudah boleh mencongak persiapan untuk bermain di Liga Perdana musim depan.

Menduduki tangga tercorot dengan hanya 12 mata daripada 19 perlawanan serta berbaki tiga aksi menentang T-Team, Perak dan Selangor, siapa yang berani memberi harapan bahawa Pulau Pinang akan kekal dalam Liga Super.

Namun, bekas pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Muhammad Faiz Subri

tetap yakin skuad Harimau Kumbang masih berpeluang untuk terus mengaum di liga utama negara itu.

“Dalam bola sepak, benda pelik atau di luar dugaan sering berlaku. Tidak mustahil ia boleh terjadi kepada Pulau Pinang.

“Nampak memang macam sudah tidak ada harapan

(gambar)

tapi jika menang semua baki tiga perlawanan dan pesaing kami pula tewas, Pulau Pinang boleh kekal di Liga Super,” katanya.

Faiz mungkin rujukan terbaik apabila memperkata­kan mengenai keajaiban dalam bola sepak apabila jaringanny­a ketika mengalahka­n Pahang musim lalu dianggap sebagai salah satu magis bola sepak.

Namun, dia berkata, faktor keajaiban atau nasib bukanlah asas kepada keyakinan tapi berlandask­an peningkata­n pasukan sejak dibimbing Zainal Abidin Hassan.

“Persembaha­n Pulau Pinang meningkat sejak dilatih Zainal malah kami mampu mengalahka­n Pahang (2-0). Cuma kami perlu lebih konsisten.

“Sebagai pemain, saya tidak pernah putus asa terutama meraih kejayaan pada aksi kelayakan Piala Asia 2019.

“Biarpun tidak dipanggil kali ini saya percaya jika prestasi terbaik dapat dipersemba­hkan bersama Pahang, tiada yang mustahil untuk saya berada dalam senarai,” katanya.

Dalam persediaan Harimau Malaya menentang Lubnan pada saingan Kumpulan B kelayakan Piala Asia 13 Jun lalu, pemain berusia 26 tahun itu dipanggil bagi persiapan skuad negara.

Namun, Faisal tidak disenaraik­an pada perlawanan berkenaan yang menyaksika­n skuad negara tewas 1-2 kepada Lubnan.

Ditanya peluang Pahang untuk mengisi slot suku akhir Piala Malaysia, dia berkata Tok Gajah perlu menewaskan T-Team pada aksi terakhir Kumpulan A, 9 September ini.

Menurutnya, ini kerana peluang masih lagi terbuka buat tiga pasukan iaitu Pahang, T-Team dan Negeri Sembilan untuk mengiringi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC sudah mengesahka­n slot suku akhir.

“Saya harap sebaik saingan bersambung nanti, kami akan beraksi lebih baik sekali gus memastikan Pahang mara ke suku akhir,” katanya. serta sentiasa positif. Walaupun kedudukan Pulau Pinang kini genting, namun peluang tetap ada selagi belum tamat pertanding­an.

“Saya lihat jurulatih serta rakan sepasukan juga tidak mengaku kalah. Semangat kami tidak luntur dengan kedudukan sekarang. Baki tiga perlawanan memang mencabar terutama menentang Perak dan Selangor. Tapi, kami perlu memberi komitmen 100 peratus,” ujar Faiz.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia