Harian Metro

Sasaran realistik

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Dua pingat gangsa selari dengan tahap semasa skuad tenis

Ketika dua sukan berasaskan raket cukup sinonim dengan dominasi atlet Malaysia di pentas antarabang­sa seperti badminton dan skuasy, lain pula ceritanya bagi acara tenis yang jarang menghadirk­an berita gembira buat kontinjen negara.

Berbanding Thailand, negara Gajah Putih itu dilihat jauh meninggalk­an Malaysia apabila ramai pemain tenis mereka sudah beraksi di kejohanan tertinggi seperti Grand Slam.

Maka, tidak hairanlah mengapa pasukan tenis negara sekadar meletakkan sasaran dua pingat gangsa pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang dijadualka­n bermula dari 21-26 Ogos ini.

Menurut jurulatih skuad tenis negara, Muliyadi Jamal, sasaran dua pingat gangsa menerusi acara beregu lelaki dan wanita dianggap cukup realistik berdasarka­n ranking semasa.

Bagaimanap­un, atlet negara akan berdepan barisan pemain handalan terutama dari Thailand yang pernah Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki dalam dewan, Muhamad Amin Rahim berharap barisan pemainnya masih kekal mengingati segala tunjuk ajar jurulatih berpengala­man Paul Lissek apabila menghadapi saingan sebenar Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Jurulatih dari Jerman itu yang dilantik selaku konsultan bagi pasukan lelaki dan wanita sudah pun tamat perkhidmat­annya dan kelibat pengendali itu tidak akan dapat dilihat di temasya itu nanti.

“Tidak dinafikan Lissek banyak membawa perubahan besar dan taktikal yang diberikann­ya sesuai digunakan oleh barisan pemain negara.

“Sekarang khidmat Lissek sudah tamat dan saya tidak mahu setiap pemain negara terus melupakan apa yang diajar olehnya sebelum ini,” katanya.

Jelas Amin, impak positif yang dibawa Lissek menyaksika­n barisan pemainnya setakat ini berjaya mencatatka­n tiga kemenangan serta satu seri pada siri perlawanan persahabat­an dengan Australia Barat.

“Kita mempunyai baki satu lagi perlawanan persahabat­an Jumaat ini (esok). Saya mahu setiap pemain mengekalka­n aksi konsisten ini pada saingan beraksi di Grand Slam manakala pemain Indonesia seperti Cristopher Rungkat pernah bermain di Wimble- don sambil Ly Nam Hoang dari Vietnam adalah bekas juara remaja Wimbledon.

“Secara realistik, dua gangsa itu tidak mustahil dan jika keadaan memihak kepada kita serta pemain dapat bermain dengan baik, mungkin mereka boleh menukar warna pingat itu.

“Kejutan itu bukan satu yang mustahil. Kita tunggu masa Sukan SEA itu nanti,” katanya yang berharap kelebihan beraksi di gelanggang sendiri mampu memberi kejutan.

Sukan tenis menawarkan lima emas iaitu empat dalam acara individu dan beregu lelaki wanita dan satu emas berpasukan.

Tenis pernah menyumbang pingat emas menerusi beregu wanita negara Radhika Menon dan Lim Kheow Suen pada Sukan SEA 1973 dan pencapaian terbaik negara hanyalah perak pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur bagi acara berpasukan wanita.

Dua tahun lalu, skuad tenis negara berjaya menyumbang­kan satu gangsa dalam acara lelaki berpasukan.

 ?? Muliyadi Jamal ?? MULIYADI (dua dari kanan) harap pemain pamer aksi terbaik. Kejutan itu bukan satu yang mustahil. Kita tunggu masa
Sukan SEA itu nanti”
Muliyadi Jamal MULIYADI (dua dari kanan) harap pemain pamer aksi terbaik. Kejutan itu bukan satu yang mustahil. Kita tunggu masa Sukan SEA itu nanti”
 ??  ?? AMIN (kanan) puas hati dengan prestasi semasa pemain.
AMIN (kanan) puas hati dengan prestasi semasa pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia