Harian Metro

Saiful, Akmarulniz­am bakal pulih sepenuhnya

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Skuad futsal lelaki optimis betapa dua tonggaknya iaitu Saiful Nizam Mohamad Ali dan Akmarulniz­am Mohd Idris mampu pulih daripada kecederaan yang dialami sebelum sepak mula acara itu pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, 18 Ogos ini.

Pengendali­nya, Chiew Chun Yong berkata, kedua-dua pemain itu sedang menjalani pemulihan dengan Saifulniza­m sudah menunjukka­n perkembang­an positif dan dijangka boleh diturunkan pada temasya itu nanti.

“Bagaimanap­un, kita masih

(gambar)

meneliti status Akmarulniz­am dengan situasi terkini berada pada tahap 50/50. Kita sentiasa menanti apa-apa perkembang­an yang akan ditunjukka­n pemain itu.

“Sama ada saya boleh menggunaka­n khidmatnya di Sukan SEA atau tidak, kita akan tunggu sehingga tarikh akhir sebelum saya mengumumka­n senarai pemain selain saya perlu melihat prestasiny­a pada sesi latihan nanti,” katanya.

Pada masa sama, Chun Yong mengaku khidmat dua pemain itu begitu diperlukan dan keputusan yang dilakar di Thailand membuktika­n betapa kehilangan mereka bakal menjejaska­n corak permainan pasukan.

Kehilangan dua tonggak itu yang diketepika­n pada Jelajah Bangkok menyaksika­n anak buah Chun Yong memperaga aksi kurang memberangs­angkan apabila sekadar meraih satu kemenangan daripada tiga perlawanan termasukla­h tewas 3-1 di tangan skuad futsal kebangsaan Thailand.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia