Harian Metro

Tukar gangsa kepada emas

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Thinagaran mahu baiki pencapaian selepas raih pingat gangsa di Sukan SEA Singapura 2015

Atlet taekwondo negara, P Thinagaran berharap dapat menukar warna pingat kepada emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) selepas gagal dalam dua edisi sebelum ini.

Thinagaran pulang dengan tangan kosong pada Sukan SEA Myanmar dan dua tahun selepas itu, dia berjaya meraih gangsa.

Namun, kelebihan beraksi di halaman sendiri kali ini mahu dimanfaatk­an sepenuhnya atlet berusia 26 tahun itu.

“Saya memang sudah cukup bersedia untuk penampilan kali ketiga di Sukan SEA. Sudah tentu saya mahu menukar warna pingat kepada yang lebih baik dan ia pastinya emas.

“Lawan yang akan ditemui memang sangat mencabar, tetapi saya tidak boleh mengalah lebih awal,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam.

Berbeza penyertaan­nya pada dua edisi sebelum ini menerusi kategori 68kg, Thinagaran akan beraksi dalam kategori 74kg di KL2017.

“Keputusan menukar kategori ini adalah atas nasihat jurulatih. Dia berharap dengan keputusan ini saya akan dapat meraih pencapaian lebih baik.

“Apapun, saya perlu memanfaatk­an peluang beraksi di halaman sendiri,” katanya.

Thinagaran mengaku masih berdebar untuk turun beraksi meskipun sudah mempunyai pengalaman di dua temasya dwitahunan itu sebelum ini.

“Walaupun sudah membuat penampilan pada dua Sukan SEA, perasan gementar itu masih ada tetapi saya tetap kekal positif.

“Paling penting, saya serta rakan sepasukan lain tidak boleh terlalu yakin,” katanya. Kuala Lumpur: Kedudukan Filipina selaku tuan rumah Sukan SEA 2019 akan diputuskan menerusi mesyuarat Persekutua­n Sukan Asia Tenggara (SEAGF) yang akan berlangsun­g pada 18 Ogos ini.

Perkembang­an itu disahkan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo yang menyatakan pihaknya akan cuba mencari jalan penyelesai­an yang terbaik bagi memastikan hasrat Filipina untuk menjadi tuan rumah bagi edisi ke-30 itu dapat direalisas­ikan.

Malah, Beng Choo mengaku

 ??  ?? THINAGARAN (kanan) enggan mengalah walaupun berdepan cabaran sengit lawan.
THINAGARAN (kanan) enggan mengalah walaupun berdepan cabaran sengit lawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia