Harian Metro

Ranking rendah tak lebur semangat

- Jumiati Rosly jumiati@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Menduduki ranking lebih rendah berbanding musuh tradisi Singapura bukanlah pelemah semangat buat skuad bola jaring negara dalam pemburuan pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Apa yang kami tahu dan kami rasa ialah ranking tidak beri apa-apa kesan.

“Apa yang berlaku pada perlawanan itu nanti lebih penting. Kita tidak tahu siapa menang dan kalah, yang kami tahu adalah kami akan bermain bermati-matian,” kata kapten pasukan bola jaring negara, Nur Syafazliya­na Mohd Ali

Singapura menduduki ranking ke-18 dunia sementara skuad negara berada tiga anak tangga di bawah sambil satu lagi pesaing utama, Thailand menduduki tangga ke-31.

Baru memikul tugas sebagai kapten pasukan tahun

(gambar).

ini, Syafazliya­na berkata, pemain negara kini gigih dalam membaiki kemahiran taktikal yang ada biarpun memperoleh kemenangan besar ke atas Thailand pada Kejohanan PraSukan SEA dua minggu lalu.

“Secara peribadiny­a, saya dan kawan-kawan mahukan emas di Sukan SEA. Pasukan Singapura sekarang berlatih di luar negara, tetapi kami juga sudah ke luar negara (Australia),” katanya.

Sementara itu, jurulatih Tracey Robinson berkata, pasukannya tidak terlalu memikirkan tentang juara bertahan, Singapura sebaliknya fokus terhadap satu demi satu perlawanan.

“Kami sudah bersedia untuk berdepan perlawanan pertama menentang Thailand. Kami yakin untuk bermain namun apa-apa juga boleh berlaku,” katanya.

Tracey yang berasal dari Australia berkata, mereka tidak akan memandang rendah mana-mana lawan dan menghormat­i setiap pasukan.

Pada temasya lalu di Singapura, Malaysia ketinggala­n hanya tiga mata di belakang tuan rumah dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ?? KETUA Kontinjen (CDM), Datuk Marina Chin (kiri) beramah mesra dengan skuad bola jaring serta meninjau gelanggang perlawanan di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam.
FOTO: OSMAN ADNAN KETUA Kontinjen (CDM), Datuk Marina Chin (kiri) beramah mesra dengan skuad bola jaring serta meninjau gelanggang perlawanan di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia