Harian Metro

Peninglah...

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee berdepan tugas sukar untuk membuat menyediaka­n senarai akhir 20 pemain yang bakal menggalas misi memburu pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pengendali kelahiran Melaka itu berkata, sehingga kini beliau masih belum mempunyai bayangan pemain kerana persaingan antara 28 anak buahnya untuk merebut tempat agak sengit.

“Ini keputu-

Shah Alam: san sukar tapi saya kena memilih pemain yang terbaik dan saya kena lihat daripada banyak aspek tentang pemilihan nanti.

“Saya kena lihat aspek kecederaan, kecergasan pemain dan posisi-posisi tertentu. Saya masih belum ada bayangan, saya ada tiga sesi lagi sebelum saya menentukan 20 pemain yang akan didaftarka­n Sabtu nanti,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan semalam. Sebelum ini, Kim Swee memanggil 27 pemain bagi sesi latihan pusat bermula Ahad lalu namun pemain tengah Perak, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri memulakan latihan semalam selepas pulih daripada kecederaan.

Saingan merebut tempat semakin sengit apabila enam pemain yang tidak bersama pasukan pada saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan lalu kerana tidak mendapat pelepasan kini turut sama berlatih.

Mereka adalah Matthew Davies, Nor Azam Azih (Pahang),

 Persaingan sengit pemain skuad B-22 buat Kim Swee sukar pilih bayangan 20 terbaik

S Kumaahran, Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang), Haziq Nadzli dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim).

“Tiada perbezaan, semua pemain menunjukka­n kesungguha­n. Bukan hanya enam pemain yang tidak bersama dengan kita sebelum ini. Mereka menunjukka­n kerjasama dan ini memberi pulangan yang baik untuk pasukan,” katanya.

Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan A menentang Brunei di Stadium Shah Alam, Isnin ini sebelum bertemu Singapura, Myanmar dan Laos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia