Harian Metro

Tiga hari tentu nasib Beto

-

Tempoh tiga hari ini mungkin menjadi saat paling getir dalam karier bola sepak pemain muda Perak, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri atau lebih dikenali dengan gelaran Beto.

Dalam jangka masa singkat itu, dia diberi peluang oleh jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee untuk merebut tempat ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebelum senarai akhir 20 pemain

(gambar)

diumumkan pada Sabtu ini. Meskipun namanya tiada dalam senarai 27 pemain yang dipanggil Kim Swee, Beto kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan semalam selepas dua bulan berehat akibat kecederaan lutut kanan.

“Kecederaan saya semakin pulih, tahap kecergasan saya sudah capai 90 peratus jadi saya minta kepada jurulatih Datuk Ong Kim Swee untuk beri saya peluang berlatih bersama.

“Memang untuk dapatkan semula permainan ambil masa kerana saya sudah dua bulan tidak bermain tapi saya sudah seminggu melakukan latihan ringan dan dalam masa sehari dua ini akan melakukan latihan penuh, jadi saya akan cuba sebaik mungkin,” kata pemain tengah itu.

Ketika skuad B-22 dibimbing bekas jurulatih Frank Bernhardt, nama Beto tidak pernah tercicir daripada senarai dan selalu menjadi antara pemain utama pasukan.

Bagaimanap­un, kecederaan yang dialami menjejaska­n peluangnya termasuk terlepas aksi di pusingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan lalu.

Beto yang kini berusia 22 tahun, sedar saingan merebut posisi tengah dalam skuad negara agak sengit dengan kehadiran Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah), Nor Azam Azih (Pahang), Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang), Danial Amier Norhisham dan Ahmad Azriddin Rosli (FELDA United).

“Saya sudah berusia 22 tahun, ini peluang terakhir saya untuk mewakili negara di Sukan SEA, dua tahun lalu di Singapura saya gagal mendapat tempat. Memang kalau lihat kepada pemain yang ada memang sengit untuk berada dalam senarai akhir 20 pemain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia