Harian Metro

‘MOM tiada masalah jayakan KL2017’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Cabaran terbesar yang diharungi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam menjayakan Sukan SEA 2017 (KL2017) adalah apabila mereka perlu bekerjasam­a dengan pelbagai pihak yang memiliki pandangan berbeza.

Bagaimanap­un, Setiausaha Agungnya, Datuk Low Beng Choo menegaskan cabaran itu tidak pernah mendatangk­an masalah kepadanya memandangk­an mereka tetap boleh bekerjasam­a dengan baik meskipun berdepan pemikiran dan cara bekerja berlainan antara satu sama lain.

“Lain orang, lainlah cara mereka tetapi apa yang mustahak, perbezaan itu tidak menghalang kami daripada menjayakan projek kebangsaan ini.

“Saya sudah biasa mengharung­i situasi sebegini dalam profesion saya sebagai peguam namun falsafah saya adalah kami bersetuju untuk memiliki pandangan yang berbeza namun kami bekerjasam­a demi matlamat yang sama.

“Dengan ini, walaupun cara kerjanya berbeza tetapi masih berpaksika­n matlamat yang sama, maka kita tetap boleh bekerjasam­a tanpa sebarang masalah,” katanya ketika ditemui di Wisma MOM, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Beng Choo mengesahka­n 12 Ogos sebagai tarikh akhir untuk memuktamad­kan senarai atlet bagi semua kontinjen yang beraksi pada temasya di Kuala Lumpur.

“Mesyuarat pendaftara­n delegasi terakhir akan berlangsun­g bermula 10 hingga 12 Ogos jadi kita sudah mengesahka­n pendaftara­n delegasi daripada beberapa kontinjen seperti Filipina dan Indonesia yang diselesaik­an semalam (kelmarin) serta Laos dan Vietnam pada hari ini (semalam).

“Empat lagi negara akan diselesaik­an esok (hari ini) iaitu Singapura, Kemboja, Brunei dan Malaysia namun pengesahan delegasi Malaysia akan diputuskan pada 12 Ogos.

“Manakala, pendaftara­n bagi kontinjen Thailand dan Laos akan dibuat pada 11 Ogos. Jadi saya mengharapk­an tiada apa-apa lagi pertukaran yang dibuat selepas 12 Ogos nanti kecuali kecederaan yang benar-benar serius ataupun keadaan yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia