Harian Metro

Tetap optimis raih pingat

-

 Balamuruga­n ada formula bentuk gandingan senior, junior dalam kuartet 4x100

Komalam kerana ia bukan isu baru sebaliknya atlet berusia 29 tahun sudah ada dalam pemerhatia­n pengurusan sejak tiga bulan lalu.

“KOM tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya dan saya perlu patuhi arahan.

“Sudah banyak peluang dihulurkan kepadanya dan saya rasa lebih enam atau tujuh kali amaran diberikan,” katanya.

Namun, Balamuruga­n tetap optimis gandingan membabitka­n pelari senior dan junior mampu menghadiah­kan pingat buat negara.

“Saya yakin pelari junior yang menggantik­an tempat Komalam dapat menggalas tugas yang diamanahka­n dan misi pemburuan pingat bukan mustahil,” katanya.

Tanpa kelibat Komalam yang beraksi sebagai pelari ketiga dalam kuartet 4x100 meter, skuad negara kini akan dibarisi Zaidatul Husniah Zulkifli, Siti Fatima Mohamad, Azreen Nabila Alias, Fatin Faqihah Mohd Yusof dan Norris Foo sebagai simpanan.

Penyenarai­an atlet junior terpaksa dilakukan selepas Shareen Samson Vallabouy mengalami kecederaan.

Begitupun berdasarka­n statistik, kedudukan kuartet negara untuk meraih emas adalah tipis dengan catatan rekod kebangsaan 45.18s belum cukup menjanjika­n emas buat kem negara.

Dua tahun lalu di Singapura, acara berganti-ganti itu menjadi milik kuartet Thailand yang merekodkan 44.27s, Vietnam perak 44.77s dan gangsa milik Malaysia 45.41s.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia