Harian Metro

Patuhi peraturan: Marina

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua kontinjen, Datuk Marina Chin

mengingatk­an atlet negara untuk kekal berdisipli­n dan mematuhi peraturan yang ditetapkan sehingga berakhirny­a Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 nanti.

“Dalam pasukan mana pun kita ada prosedur operasi standard (SOP) untuk disiplin dan sebagainya. Kalau ada seseorang itu tidak kiralah sebagus mana pun anda, sama ada anda ada potensi pingat emas sekali pun, jika anda tidak ada disiplin dan tidak boleh mengikuti

(gambar)

peraturan yang ditetapkan persatuan, maka persatuan bolehlah memutuskan untuk melakukan sesuatu,” katanya selepas menemui atlet boling padang dan bola jaring di Bukit Kiara, semalam.

Mempunyai pengalaman luas dalam mendisipli­nkan pelajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sebelum ini, Marina berkata, beliau bagaimanap­un masih belum menerima laporan rasmi mengenai penggugura­n atlet pecut wanita negara, S Komalam Shally daripada kuartet 4x100 meter (m).

“Kebiasaann­ya kami (sekretaria­t) akan menerima apa juga keputusan yang dilakukan persatuan. Atlet juga perlu mematuhi keputusan itu,” katanya.

Semalam, Pengurus Pasukan Olahraga Malaysia ke Sukan SEA, Datuk Salim Parlan mengesahka­n Koma- lam digugurkan daripada pasukan pada 4 Ogos selepas rentetan beberapa peristiwa yang disebabkan masalah disiplin atlet terbabit.

Komalam adalah atlet pertama digugurkan dari skuad olahraga ketika berlangsun­gnya perhimpuna­n akhir kontinjen negara.

 ??  ?? Jika anda tidak ada disiplin dan tidak boleh mengikuti peraturan yang ditetapkan persatuan, maka persatuan bolehlah memutuskan untuk melakukan sesuatu”
Jika anda tidak ada disiplin dan tidak boleh mengikuti peraturan yang ditetapkan persatuan, maka persatuan bolehlah memutuskan untuk melakukan sesuatu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia