Harian Metro

Keputusan di tangan Marina

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 Khairy serahkan isu disiplin kepada Chef de Mission

Nasib dua atlet negara yang didakwa keluar dari kem melebihi tempoh yang dibenarkan minggu lalu akan ditentukan oleh Chef de Mission, Datuk Marina Chin.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau menyerahka­n perkara itu sepenuhnya kepada Marina bagi menentukan nasib dua atlet terbabit.

“Perlu diingatkan bahawa semua atlet perlu mengutamak­an aspek disiplin yang sudah ditetapkan dan itu perkara yang sangat penting serta tidak boleh dipandang ringan.

“Secara asasnya, kami sudah mendengar penjelasan daripada kedua-dua atlet ini, kami terima penjelasan mereka dan saya menyerahka­n sepenuhnya nasib mereka kepada Chef de Mission (Marina),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ‘Meet & Greet Mycorps South Asia, semalam.

Beliau turut berharap pemantauan ke atas atlet dapat dipertingk­atkan supaya tidak ada lagi insiden seumpama itu di masa depan.

Kelmarin, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo mengesahka­n dua atlet negara melanggar perintah berkurung di Hotel Renaissanc­e yang menjadi penginapan rasmi kontinjen negara.

Difahamkan, sepanjang tempoh penginapan di hotel berkenaan termasuk ketika berlangsun­gnya temasya Sukan SEA pada 19 hingga 30 Ogos ini, mereka tidak dibenarkan keluar selepas 11.30 malam.

Ketika ditanya berhubung penggugura­n atlet olahraga wanita S Komalam, Khairy berkata, keputusan itu dibuat berdasarka­n penilaian Kejurulati­han & Latihan (C&T) BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Soon Huat adalah kerana BAM mahu pemain itu terus kekal fokus di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang akan menyingkap tirainya minggu depan.

“Kita juga sedia maklum bahawa sekarang ini pemain sedang menghadapi persiapan terakhir dan saya juga sudah mendapatka­n penjelasan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen dan Ketua Jurulatih Perseorang­an Lelaki Negara, Datuk Jawatankua­sa Teknikal.

“Penggugura­n atlet ini membabitka­n kes disiplin dan ia dibuat berdasarka­n kepada penilaian pengurus pasukan sendiri. Jadi, kita gugurkan dia selepas penilaian jawatankua­sa,” katanya. Misbun Sidek mengenai persiapan pemain yang akan ke Sukan SEA serta Kejohanan Dunia,” katanya.

Kelmarin, Soon Huat sudah memberikan penjelasan kepada media mengenai apa yang berlaku Sabtu lalu dan dia tidak keluar terlalu jauh dari tempat penginapan sebaliknya hanya berjumpa rakan di sekitar lobi.

Soon Huat yang akan berganding­an bersama Shevon Lai diletakkan harapan untuk meraih emas dalam acara beregu campuran seterusnya menamatkan penantian 18 tahun negara apabila kali terakhir dilakukan Chew Choon Eng-Chor Hooi Yee di Brunei.

 ?? FOTO: ?? KHAIRY (tengah) bergambar bersama peserta ketika hadir di majlis Meet and Greet Peserta MYCORPS Asia Selatan di Pusat Belia Antarabang­sa, Cheras.
FOTO: KHAIRY (tengah) bergambar bersama peserta ketika hadir di majlis Meet and Greet Peserta MYCORPS Asia Selatan di Pusat Belia Antarabang­sa, Cheras.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia