Harian Metro

FAM nafi Izwani langgar disiplin

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil menafikan dakwaan yang mengatakan penjaga gol skuad futsal wanita negara, Nur Izwani Azman terbabit dengan isu disiplin dengan melanggar perintah berkurung di Hotel Renaissanc­e, semalam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemain berkenaan tidak melanggar perintah berkurung dengan keluar dari bilik melebihi jam 11.30 malam sewaktu kem fasa akhir perhimpuna­n atlet Malaysia ke Sukan SEA seperti yang heboh diperkatak­an sebelum ini.

Jelasnya, hasil siasatan terperinci termasuk selepas mendapatka­n bukti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) hotel itu, Izwani kembali ke lif untuk ke biliknya pada jam 10.55 malam selepas bertemu saudaranya.

“Ia (tuduhan disiplin) sama sekali bercanggah dengan aduan dan dakwaan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini yang menyatakan bahawa Izwani dilihat masih berada di lobi hotel berkenaan sekitar jam 12.30 tengah malam.

“Justeru persatuan berasa kesal dengan tuduhan dan dakwaan yang mendorong Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo membuat kenyataan media pada Isnin (7 Ogos 2017) bahawa terdapat dua atlet negara daripada sukan futsal dan badminton melanggar perintah berkurung.

“Saya sudah menghubung­i sendiri Beng Choo bagi menjelaska­n apa yang berlaku dan akan menghantar surat penjelasan kepada beliau bagi memastikan perkara atau isu ini tidak terus dipanjangk­an di media,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

 ??  ?? IZWANI (depan kanan) bersama skuad futsal wanita yang dalam persiapan Sukan SEA.
IZWANI (depan kanan) bersama skuad futsal wanita yang dalam persiapan Sukan SEA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia