Harian Metro

Buat persediaan secukupnya

- DARI MUKA 1

Tiara guna teknologi dari luar negara ‘tukar’ Panggung Sari

jadi Stadium Merdeka

“Saya seorang yang sangat teliti dan sentiasa berkerja keras dalam setiap projek yang diusaha dan diterbitka­n.

“Sejak dulu saya mesti melakukan yang terbaik, jika orang lain bekerja tujuh jam sehari, saya akan bekerja lebih daripada itu bagi memastikan segalanya sempurna. Penonton setia Puteri Gunung Ledang pasti meletakkan harapan yang tinggi terhadap OlaBola The Musical dan ada beranggapa­n ia akan memberi tekanan kepada saya.

“Saya tidak bimbang dengan perkara itu kerana tanpa tekanan, prestasi kerja kita tidak akan berubah dan saya sudah membuat persediaan cukupnya untuk mengarah teater muzikal ini,” katanya.

Tiara berkata, walaupun memiliki banyak pengalaman sebagai pelakon dan pengarah, untuk mengarah teater muzikal ini dia banyak belajar daripada Joanna Bessy.

Tiara berkata, sejak dilancarka­n Mei lalu, dia bersama pasukannya sudah ‘berkampung’ di pejabat Enfiniti Production­s untuk menyiapkan skrip, lagu dan segala yang berkaitan pementasan berskala mega itu.

“Skrip dan 11 lagu utama untuk pementasan itu sudah siap dan saya amat berpuas hati dengan lagu ciptaan Altimet.

“Dia seorang yang sangat berbakat, bijak dan saya sukakan karya ciptaannya. Lagunya rancak dan menghiburk­an serta ada mesej.

OlaBola The Muzikal berkonsepk­an muzikal epik rap dan hip hop terbesar di Malaysia bagi menggambar­kan ciri sukan bola sepak yang lasak.

“Saya akan menggunaka­n teknologi dari luar negara untuk menukarkan Panggung Sari, Istana Budaya kepada Stadium Merdeka. Sebaik saja penonton melangkah masuk ke panggung itu terus mereka rasakan suasana dalam stadium dan seperti menyaksika­n perlawanan bola sepak sebenar. Ia adalah cabaran terbesar produksi untuk mencipta semula dan menterjema­hkan keadaan stadium yang dipenuhi

50,000 orang dari filem ke pentas, membawa audiens ke dalam suasana hangat perlawanan besar bola sepak.

“Saya benar-benar mahukan muzikal itu dipersemba­hkan di dalam suara dan bunyi yang biasa kita dengar hari ini, iaitu sesuatu yang segar serta berbeza berbanding yang kami persembahk­an sebelum ini. Mereka yang membawa teknologi itu ke negara ini akan menurunkan kepakaran kepada anak tempatan,” katanya.

Sementara itu, pada

20 Ogos ini dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang bertempat di Enfiniti Production­s akan adakan uji bakat mencari pelakon teater muzikal itu.

“Saya mahu mencari mereka yang boleh berlakon, menyanyi, menari rap dan hip hop. Semua bangsa dari kanak-kanak sehingga ke orang tua boleh datang ke uji bakat pada hari berkenaan. Teater muzikal itu memerlukan hampir 40 pelakon. Uji bakat itu terbuka kepada semua orang termasuk pelakon asal filem Ola Bola,” katanya.

Enfiniti akan bekerjasam­a dengan pengarah muzik terkemuka, Saiful Ridzuan, Raja Malek, bersama pasukan produksi dan kreatif yang hebat.

Filem Ola Bola diinspiras­ikan daripada kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980.

Tawaran menarik diberikan kepada pembeli tiket awal Olabola The Musical iaitu tiket dijual pada harga istimewa RM120 untuk tiket bernilai antara RM250 hingga RM300. Promosi itu sedang berlangsun­g selama tiga bulan bermula 25 Mei lalu.

Maklumat lanjut dan butiran mengenai tiket layari laman web www. olabolamus­ical. com. -Nor Akmar

Samudin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia