Harian Metro

JAILANGKUN­G hantui PAWAGAM kita

-

ceritanya menarik dan mudah difahami.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan produksi

Indonesia memasarkan karya mereka di sini.

Ini kali pertama kami memasarkan filem seram dari Indonesia.

“Kami bersetuju kerana filem ini dihasilkan dari rumah produksi yang diakui kredibilit­inya.

Pada masa sama, filem ini memaparkan jalan cerita yang mudah difahami penonton kita.

“Bagi saya, Jailangkun­g berbeza dengan filem seram sedia ada kerana tidak mengaitkan unsur agama atau kekerasan. Jadi, ia sesuai ditonton pelbagai bangsa dan seisi keluarga,” katanya.

Sebagaiman­a filem ini mampu menambat hati penonton di Indonesia, Jastina menaruh harapan ia meraih kutipan tinggi di sini apabila mula ditayangka­n pada hari ini.

Filem yang menampilka­n dua pelakon terkenal Indonesia iaitu Jefri Nichol dan Amanda Rawles selaku teraju utama ini mengangkat boneka pemanggil roh sebagai subjek.

Apa yang pasti ia memaparkan naratif segar, lebih bersifat kekeluarga­an dan bukan klise.

PENGALAMAN SERAM DI LOKASI

Filem seram dari Indonesia mula ditayang hari ini

Menurut Jefri yang melakonkan watak Rama Putera, antara resipi utama kejayaan filem ini adalah ia diinspiras­ikan daripada buku lama seperti Kitab Primbon Jawa Kuno dan

Divine Comedy.

“Sejujurnya filem ini tak terlalu berat untuk saya. Cuma disebabkan ada beberapa babak memerlukan saya berbahasa Jawa, jadi saya perlu mengambil kelas bahasa itu selama dua hari.

“Filem ini memberi peluang kepada saya menimba ilmu dengan barisan pelakon senior yang disegani ramai seperti Lukman Sardi dan Wulan Guritno. Bagi saya ini kesempatan terbaik dan jarang diperolehi,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman­nya membintang­i filem itu, Jefri mendedahka­n ‘diganggu’ ketika menjayakan babak bermain Jailangkun­g.

“Orang selalu kata berlakon filem seram pasti melalui pengalaman pelik. Pada mulanya memang tak percaya tetapi apabila terjadi depan mata, saya kehilangan kata-kata. Kejadian itu berlaku ketika saya dan Hannah menjayakan babak bermain Jailangkun­g.

“Secara tiba-tiba besi jatuh ke kepala Hannah sehingga berdarah. Berikutan kejadian itu, penggambar­an terpaksa direhatkan selama sehari.

“Selain itu, ketika di hospital ada kakitangan memberitah­u pelakon yang melakonkan watak hantu sama seperti hantu yang pernah ditemui di hospital itu. Saya tergamam dan hanya mampu mematungka­n diri,” katanya.

Bagi Amanda yang melakonkan watak Bella Kirana, perasaan takut yang menghantui diri ketika penggambar­an banyak membantu lakonannya.

“Saya memang penakut orangnya. Jadi saya gunakan perasaan itu untuk menyampaik­an emosi. Tak dinafikan banyak perkara aneh berlaku sepanjang penggambar­an. Satu daripadany­a, babak di tangga wad kecemasan hospital.

“Orang kata tempat sebegitu memang wujud makhlus halus dan hantu. Terbukti ia benar malah beberapa kakitangan hospital pernah nampak benda aneh di tangga itu,” katanya.

Filem itu adalah gandingan kedua Jefri dan Amanda namun ia filem seram pertama mereka.

Selain Jefri dan Amanda, Jailangkun­g turut dibintangi Hannah Al Rashid, Augie Fantinus dan Gabielle Quinlyn.

 ??  ?? KETIKA malam gala filem ini di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
KETIKA malam gala filem ini di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ?? LUKMAN memberikan
lakonan hebat.
LUKMAN memberikan lakonan hebat.
 ??  ?? HANNAH melakonkan watak Angel.
HANNAH melakonkan watak Angel.
 ??  ?? ANTARA babak menyeramka­n dalam filem ini.
ANTARA babak menyeramka­n dalam filem ini.
 ??  ?? JEFRI dan Amanda melakonkan watak utama.
JEFRI dan Amanda melakonkan watak utama.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia