Harian Metro

Ramai cemas keadaan O’Connor

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Tindakan penyanyi Ireland, Sinead O’Connor bercerita mengenai penyakit mental yang dihidapiny­a menerusi rakaman video di Facebook, Khamis lalu menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan peminat dan rakan artis.

Berikutan itu, ada pihak memuat naik status di Facebook penyanyi popular menerusi lagu Nothing Compares To You itu kelmarin mengesahka­n O’Connor dalam keadaan selamat dan bukan berniat bunuh diri.

Dalam video berdurasi 12 minit itu, O’Connor menangis sambil mengadu dibuang keluargany­a selepas dia didapati mengalami masalah mental.

“Orang yang menderita penyakit mental paling lemah di dunia. Anda perlu menjaga kami kerana kami tidak seperti orang lain,” katanya.

Penyanyi berusia 50 tahun itu turut mengakui berniat membunuh diri dan berasakan dirinya seolaholah dihukum kerana penyakitny­a.

“Tiba-tiba insan yang sepatutnya memberi kasih sayang dan menjaga anda memberi layanan teruk,” katanya.

Menurut O’Connor, satusatuny­a insan yang memberi sokongan kepadanya adalah pakar psikiatri dan doktor.

Ini bukan kali pertama penyanyi terbabit memuat naik status mencemaska­n di media sosial dan pada 2015, dia mendedahka­n mengambil dos ubat berlebihan berikutan perebutan hak penjagaan anak bongsunya dengan pemuzik Donal Lunny.

Tahun lalu, O’Connor dilaporkan hilang di Chicago, Amerika Syarikat selepas gagal pulang, namun ditemui selamat oleh polis sehari kemudian.

Nama O’Connor mula dikenali di seluruh dunia pada 1990 selepas membawakan lagu Nothing Compares To You yang pada awalnya dirakam penyanyi Prince.

Dua tahun kemudian, O’Connor mencetus kontrovers­i besar apabila mengoyak gambar bekas pemimpin gereja Katolik dunia, Pope John Paul II ketika membuat persembaha­n di program Saturday Night Live.

 ??  ?? O’CONNOR akui mahu bunuh diri.
O’CONNOR akui mahu bunuh diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia