Harian Metro

IEDA MOIN TAK TAMAK

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Sebut sahaja nama

Ieda Moin, pasti ramai melabelkan­nya sebagai pelakon komedi yang sentiasa mencuit hati penonton dengan aksi latahnya.

Namun, Ieda yang memulakan karier seni sejak 1996 mahu dikenali sebagai pelakon yang mampu membawakan pelbagai karakter.

“Sudah 21 tahun saya dalam industri. Alhamdulil­lah, masih ramai yang menghargai bakat saya dan sudi menawarkan kerja.

“Satu perkembang­an baik apabila saya tidak hanya ditawarkan watak komedi tetapi turut diminta menghidupk­an karakter serius yang banyak bermain dengan emosi,” katanya.

Tambah Ieda yang bermula sebagai penyanyi dalam kumpulan duo, Moin, formula untuk kekal bertahan dalam bidang seni bergantung kepada tuah.

“Memang ramai orang mahu cipta nama sebagai artis, namun apa yang boleh saya katakan semuanya berbalik kepada tuah.

“Apabila sudah dikenali lebih mudah untuk bertahan. Saya pun mengambil masa sebelum karier nyanyian beralih ke lakonan,” katanya.

Kata Eida lagi, dia memilih untuk mengelakka­n kontrovers­i yang keterlalua­n dan tidak terlalu tamak.

“Jadilah pelakon yang berdisipli­n dan tidak dihambat kontrovers­i. Saya juga lebih suka fokus pada satu kerja. Dah selesai baru ambil kerja lain,” katanya.

“Terbaru, demi

Fokus kepada satu-satu kerja sebelum terima tawaran lain

menjayakan karakter yang ditawarkan dalam drama Mr Delicious, saya tolak satu tawaran filem, empat telefilem dan satu drama bersiri 70 episod.

“Saya mahu fokus dan berikan lakonan berkualiti. Sebelum ini pernah juga terima beberapa tawaran serentak tetapi tak mampu mengendali­kannya dengan baik,” katanya.

Menerusi drama bersiri Mr Delicious, Ieda melakonkan watak Zita dan berganding­an dengan Kilafairy, Reen Rahim dan pelakon dari Indonesia, Guntur Triyoga.

Drama bersiri yang menyentuh dilema cinta dan persahabat­an itu akan ditayangka­n sebanyak 30 episod bermula 16 Ogos ini di saluran HyppSensas­i HD (HyppTV Saluran 116) dan aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia