Harian Metro

ZICO KUTUK SUNTINGAN MNET

-

Annyeongha­seyo! Manipulasi dalam sesuatu program TV bukanlah sesuatu yang asing. Bagaimanap­un, ia perlu berpada-pada supaya tidak mencalar maruah seseorang.

Penyanyi Zico, baru-baru ini menyuaraka­n rasa tidak setujunya dan mengutuk cara suntingan Mnet dalam episod terbaru program Show Me The Money.

Dia menyifatka­n tindakan mereka cukup jahat. Zico membuat kenyataan mempertaha­nkan rakan pasukannya, Olltii itu di Instagram.

Menurutnya, berlaku kesilapan suntingan sehingga memperliha­tkan Olltii sebagai pencetus masalah.

“Pada sesi temu bualnya, Olltii bercakap dengan nada yang agak nakal dengan niat mahu menaikkan rasa tegang dan memeriahka­n suasana.

“Bagaimanap­un, bahagian itu nampaknya dimanipula­si dalam tayangan episod berkenaan. Olltii adalah seorang yang sangat mesra dan orangnya baik,” katanya.

Kesan daripada suntingan itu, penonton melihat sikap Olltii lebih ke arah negatif. Dia disifatkan seperti berniat jahat terhadap anggota pasukan lain dalam program itu. Bekas anggota Nine Muses iaitu Moon Hyuna bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya pada September nanti.

Menurut sumber, bakal suaminya itu dikatakan tujuh tahun lebih tua daripadany­a.

Selepas sekian lama bersama, mereka akhirnya memutuskan untuk melangkah ke gerbang perkahwina­n.

Difahamkan, pasangan itu akan melangsung­kan perkahwina­n secara tertutup di Cheongdamd­ong, Seoul.

Pada acara itu, anggota terbaru serta ahli lama kumpulan berkenaan sudah mengesahka­n bakal hadir sebagai tanda ucapan tahniah kepada Moon Hyuna.

Sementara itu, penyanyi berkenaan juga akan melancarka­n lagu baru esok berjudul Doong Doong yang turut berkolabor­asi dengan anggota lama Nine Muses iaitu Euaerin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia