Harian Metro

Hidup susah dek kesilapan sendiri

-

Selepas berdepan kontrovers­i hebat, pelakon ini dikatakan membawa diri dan menjalani kehidupan sebagai orang biasa.

Jika sebelum ini dia sudah biasa menerima bayaran lumayan selepas selesai kerja, kini berikutan desakan hidup dia bertugas sebagai jurujual.

Dia cuba bertahan dengan kerja itu tetapi tidak berjaya. Dia kemudian khabarnya kembali ke ibu kota dan berharap ditawarkan berlakon tetapi hampa.

Disebabkan terlalu kecewa dia meninggalk­an ibu kota sekali lagi dan berusaha sehinggala­h berjaya mendapat kerja di sebuah syarikat swasta.

SS kasihan mendengar kesusahan yang dilalui pelakon ini tetapi nak buat macam mana semuanya disebabkan sikap sombongnya.

Kalau ikutkan ramai artis bermasalah dan terpalit kontrovers­i memalukan terus diberi peluang berlakon serta memegang watak utama.

Biasalah manusia tidak lepas daripada membuat kesilapan. Namun pelakon ini enggan bersua muka dan beramah mesra dengan orang ramai menyebabka­n peminat menjauhkan diri daripadany­a.

Malah syarikat pengurusan­nya juga sudah tidak mahu meneruskan kontrak berikutan sikap ego dan bodoh sombongnya itu.

Sepatutnya apabila semakin ramai artis baru muncul, dia perlu lebih pandai mengambil hati peminat tetapi dia memilih menjauhkan diri. Tidak hairanlah mengapa namanya terus berkubur begitu sahaja.

SS: Suka lihat sikap segelintir penyanyi muda yang pandai pandai bawa diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia