Harian Metro

Chalet setaraf hotel

-

Pengurusny­a Datuk Ruslee Hashim berkata, Sri Damai Resort menampilka­n keunikan tersendiri apabila pengunjung boleh melihat dari dekat haiwan ternakan seperti rusa, kambing, burung merak dan ayam hutan berkeliara­n di kawasan resort.

Selain beberapa kolam ikan dipenuhi pelbagai spesies ikan air tawar yang boleh dipancing dan kepelbagai­an tanaman herba.

“Pengunjung yang bercadang menganjurk­an hari keluarga, resepsi perkahwina­n, mesyuarat, kursus, kem motivasi dan aneka aktiviti lain di sinilah tempatnya kerana pelbagai kemudahan disediakan seperti tapak sukaneka, perkhemaha­n, memanah, dewan besar, bilik mesyuarat, surau dan kafe.

“Penggemar sukan lasak juga boleh melakukan aktiviti ‘jungle tracking’, ‘treasure hunt’, menyusuri sungai dan berbasikal,” katanya.

Menurut Ruslee, kelebihan yang ada di

Sri Damai Resort turut menjadikan­nya sebagai lokasi pembikinan beberapa drama.

“Chalet di sini setaraf hotel namun harganya kompetetif dan kemudahan sangat kondusif untuk beristireh­at.

“Persekitar­annya sangat tenang dan nyaman dengan adunan landskap yang natural,” kata Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Prof Mohamad Johdi Salleh, 58, yang berkongsi pengalaman­nya memilih

Sri Damai Resort sebagai tempat mengadakan aktiviti hari keluarga.

Seorang lagi pengunjung, Mohamad Adli Ibrahim, 50, berkata, resort di kawasan lembah itu jadi tarikan kerana terdapat pokok yang sukar ditemui namun terdapat di situ malah kerusi dan meja dibentuk daripada tunggul balak yang dipotong dan dibelah untuk mengekalka­n suasana alam semula jadi.

Anda yang berminat menginap di sini boleh menghubung­i Pengurus

Sri Damai Resort, Ruslee (019-2248883) atau Hani (019-51425041/017

2590117), Amin (0173161213) atau layari https:// www.facebook.com/ sridamaire­sort/-Amrullah Abdul Karim

Pokok sukar ditemui jadi tarikan

 ??  ?? ANTARA sudut pandangan yang menarik. RUSLEE (tengah) menyertai aktiviti hari keluarga yang diadakan pengunjung Sri Damai Resort. KEMUDAHAN kondusif membolehka­n pelbagai aktiviti seperti sukaneka diadakan.
ANTARA sudut pandangan yang menarik. RUSLEE (tengah) menyertai aktiviti hari keluarga yang diadakan pengunjung Sri Damai Resort. KEMUDAHAN kondusif membolehka­n pelbagai aktiviti seperti sukaneka diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia