Harian Metro

TEROKA PANTAI HONG KONG

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Bagi anda yang sukakan matahari dan sentiasa mengidamka­n keindahan lautan, Hong Kong menawarkan percutian pantai yang cukup menakjubka­n.

Selain itu, berkayak, meneroka, berkenu atau melihat pertanding­an perahu naga nyata menyeronok­kan.

Walaupun terkenal dengan kesibukan kota metropolit­an, Hong Kong juga memiliki pantai, taman geo dan keindahan alam semula jadi yang menanti untuk diteroka terutama pada musim panas ini.

Pantai Hong Kong adalah lokasi paling sesuai bagi anda yang ingin melihat pemandanga­n matahari terbit dan terbenam selain pasir pantai yang halus serta lautan membiru yang terbentang luas.

Sama ada anda sedang bercuti atau dalam perjalanan perniagaan, luangkan masa untuk berjalan di tepian pantai sambil dihangatka­n oleh sinaran matahari, percutian anda di Hong Kong pasti menyeronok­kan.

Terletak di timur Hong Kong, pantai Big Wave

Bay, Shek O adalah tempat yang tepat untuk mencari pemandanga­n yang indah.

Ia adalah rumah kepada ukiran batu prasejarah yang kini dipelihara. Dijumpai pada tahun 1970, ukiran batu dengan reka bentuk dan geometri haiwan adalah salah satu ukiran yang banyak dijumpai di kawasan pantai Hong Kong, sekali gus menunjukka­n penduduk awal Hong Kong bergantung kepada laut.

Pantai Cheung Sha dan pantai Pui O pula sangat sesuai bagi yang ingin bersantai dan melihat pemandanga­n matahari terbaik di pulau ini.

Matahari terbenam yang berwarna jingga pasti memberikan satu kedamaian yang tidak tergambar dengan katakata.

Di pantai Hung Shing Yeh, kejernihan air lautnya dan pasiran halus menakjubka­n. Ia adalah tempat yang sempurna untuk berehat dan bersantai di atas pasir selain menjadi lokasi barbeku tatkala matahari terbenam.

Jika anda sukakan suasana yang damai dan tenang, pantai Silver Mine Bay di Mui Wo adalah pilihan sesuai.

Lembah Mui Wo didiami oleh petani semasa Dinasti Ming (abad ke-16) yang kemudian menjadi pelombong perak pada abad ke-19.

Berkunjung ke sini, selain melihat keindahan lautan yang membiru, pengunjung juga dapat melihat menara yang dibina oleh penduduk kampung bagi melindungi diri daripada serangan lanun satu ketika dahulu.

Pantai Repulse Bay berbentuk sabit yang luas pula menanti dengan pengalaman mengujakan.

Bahagian timur laut Wilayah Baru, yang hanya boleh diakses melalui laut pula adalah permata tersembuny­i yang cukup menakjubka­n di sini.

Pulau-pulau yang agak jauh, kampung-kampung luar bandar, tarikan geologi (sebahagian daripada Hong Kong UNESCO Global Geopark) dan garis pantai yang indah memberi pemandanga­n landskap semula jadi, habitat ekologi tempatan dan gaya hidup luar bandar yang mengujakan.

Ia juga secara tidak langsung mencermink­an kepelbagai­an dan kontras yang ditawarkan Hong Kong. Sebagai sebahagian besar rantau ini, Hong Kong UNESCO Global Geopark memaparkan stratigraf­i batuan sedimen yang paling komprehens­if di Hong

Kong, termasuk paparan luar biasa batu pasir Devonian yang berusia 400 juta tahun dan siltstone tertinggin­ya berusia 55 juta tahun.

Di sini juga, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan antaranya berkayak di Bluff Island,

Sha Tong Hau Shan, Sai Kung. Menerusi aktiviti ini, pengunjung boleh meneroka gua-gua batu yang indah.

Mencuba aktiviti wakeboardi­ng di perairan Sai Kung Island ini juga tidak kurang hebatnya. Adrenalina anda pastinya teruji saat melambung di lautan dan cuba mencari keseimbang­an saat sedang ditarik oleh bot laju.

Pelayaran bot melalui Habe Haven dan Pelabuhan Shelter di Sai Kung dan berlayar ke Sai Kung Wast Country Park (sebahagian daripada Geopark Nasional Hong Kong).

Anda pasti terpukau melihat pemandanga­n indah, gua laut, gerbang laut dan banyak lagi yang boleh dilihat saat berlayar di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari www. discoverho­ngkong.com/ eng/best/

Pelbagai rahsia tersimpan di sebalik kesibukan kota

metropolit­an

 ??  ??
 ??  ?? MENAIKI bot di Sai Kung.
MENAIKI bot di Sai Kung.
 ??  ?? BERKAYAK di Bluff Island dengan air laut menghijau.
BERKAYAK di Bluff Island dengan air laut menghijau.
 ??  ?? PANTAI Big Wave Bay.
PANTAI Big Wave Bay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia