Harian Metro

KAFE ‘HANTU KOPI’

-

Hidangan bersama pelbagai jenis makanan tambat selera pelanggan

malam kecuali Isnin dan pada awalnya hanya menumpukan kepada kek dan pastri saja sebelum turut menyediaka­n hidangan berat supaya menjadi pusat sehenti sesuai dengan permintaan serta kehendak pelanggan terutama pada waktu tengah hari dan malam.

Berikutan itu, katanya, mereka kemudian menyediaka­n makanan

Barat seperti Braised

Chicken Mushroom Sauce berharga RM23.90 yang mengetenga­hkan paha ayam dibakar selama 35 minit dengan keenakan rasa perapan sos cendawan pasti menambat selera pelanggan.

Menurutnya, hidangan istimewa lain iaitu ‘pan fried fish & creamy capers’ berharga RM22.90 menampilka­n ikan dory disaluti sos krim putih bersama ‘capers’ menimbulka­n rasa lazat dan masam seakan-akan jeruk.

“Malah, menu ‘lamb shank’ agak istimewa apabila paha daging kambing melalui dua proses iaitu dibakar dan dimasukkan dalam ketuhar, sekali gus membuatkan rasanya lebih lembut dan enak dinikmati bersama sos istimewa kami.

“Hidangan lain seperti bebola daging & kentang menggunaka­n 100 peratus daging diimport dari New Zealand dapat dinikmati dalam kuantiti lima atau lapan biji bebola daging dengan harga RM16.90 dan RM21.90 sahaja,” katanya.

Asrul Zamani berkata, bagi mereka inginkan menu bajet dengan portion memuaskan hati boleh memesan tiga jenis set nasi kombo seperti ‘buttermilk chicken’, ‘mushroom chicken’ dan ‘creamy garlic butter chicken’ masing-masing berharga RM14.90 selain pelbagai cita rasa lain seperti aneka sup, salad dan pasta.

Beliau berkata, keistimewa­an pencuci mulut seperti banana fritters vanilla ice cream berharga RM12.90 yang menggabung­kan rasa sejuk dan panas serta rangup dan makanan ringan Churros berharga RM9 mampu menjadi daya tarikan istimewa kepada pelanggan.

“Kafe ini mampu memuatkan 40 hingga 50 orang dalam satu masa dan turut menyediaka­n ruang khas untuk sambutan pelbagai jenis majlis yang sudah pasti memberikan keistimewa­an dan keunikan tersendiri.

“Malah, kami juga menerima tempahan kek ‘custom made’ untuk hari jadi, pertunanga­n, perkahwina­n dan pelbagai lagi yang pasti memuaskan hati,” katanya.

 ??  ?? 1. ASRUL Zamani bersama kakitangan­nya menunjukka­n hidangan yang disediakan di kafe miliknya.
2. MENU ‘lamb shank’ punya keunikan rasa yang tersendiri.
3. BUTTERMILK Chicken.
1. ASRUL Zamani bersama kakitangan­nya menunjukka­n hidangan yang disediakan di kafe miliknya. 2. MENU ‘lamb shank’ punya keunikan rasa yang tersendiri. 3. BUTTERMILK Chicken.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia