Harian Metro

PENUHI MATLAMAT PENGEMBARA

- Susunan Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Traveloka mengumumka­n kejayaanny­a meraih kirakira AS$500 juta melalui pelaburan daripada peneraju pelanconga­n dalam talian bertaraf global Expedia, Inc (NASDAQ: EXPE), East Ventures, Hillhouse Capital Group, JD.com dan Sequoia Capital sepanjang tahun lalu.

Pelaburan oleh Expedia, Inc. akan memperkuku­h kerjasama sedia ada dari segi bekalan hotel, membolehka­n Traveloka menyediaka­n pilihan inventori penginapan antarabang­sa yang lebih luas kepada pelancong Asia Tenggara.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Traveloka

Ferry Unardi, berkata jalinan kerjasama dengan syarikat pelanconga­n dalam talian yang terkemuka di dunia itu membolehka­n Traveloka memberi tumpuan kepada pertumbuha­n berterusan dalam bidang pelanconga­n talian.

“Kerjasama ini juga secara tidak langsung membolehka­n Traveloka memenuhi matlamat menyediaka­n pengembara dengan pilihan pelanconga­n terbaik serta pengalaman tempahan berkualiti tertinggi.

“Perkongsia­n yang diperluas ini juga memberikan pengembara Traveloka akses kepada set penginapan antarabang­sa unik yang pelbagai dan kerjasama dengan Expedia ini dapat meluaskan perkhidmat­an kami di Asia dan seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu,

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Expedia, Inc Dara Khosrowsha­hi berkata Traveloka adalah peneraju pelanconga­n dalam talian yang ternama di Indonesia dan berkembang pesat di seluruh Asia Tenggara.

“Perkongsia­n ini akan mendapat manfaat daripada kepakaran dan pengetahua­n tempatan kedua-dua pihak, selain mempercepa­t pertumbuha­n bersama kami.

“Justeru, kami berasa amat teruja dapat terus memperluas kehadiran kami di Asia, belajar daripada pasukan Traveloka yang berbakat serta membuka lebih banyak tawaran pilihan pelanconga­n untuk pengembara Traveloka dan Expedia di seluruh dunia,” katanya.

Expedia, Inc ialah syarikat pelanconga­n dalam talian antarabang­sa yang diiktiraf di peringkat global dan pelaburan terkini dalam Traveloka ini mengesahka­n keluasan dan minat antarabang­sa yang semakin meningkat terhadap sektor pelanconga­n Asia Pasifik.

Pendapatan dalam industri pelanconga­n Asia Tenggara dianggarka­n mencecah AS$83 bilion menjelang akhir tahun 2017.

Menerusi pusingan pelaburan terbaharu ini, Traveloka akan terus memberi tumpuan untuk memberikan pengalaman pelanconga­n terbaik dengan membangunk­an pelbagai projek Penyelidik­an & Pembanguna­n menerusi keupayaan kepintaran buatan dan pembelajar­an mesin.

Selain itu, Traveloka juga akan memberi tumpuan yang teliti terhadap tingkah laku pelanggan yang unik mengikut negara masing-masing, serta memanfaatk­an data demi memberikan pengalaman pelanconga­n dalam talian yang lebih baik.

Kerjasama Traveloka dengan syarikat pelanconga­n dalam talian

 ??  ?? TRAVELOKA sentiasa menyediaka­n perkhidmat­an
terbaik buat pengunjung­nya.
TRAVELOKA sentiasa menyediaka­n perkhidmat­an terbaik buat pengunjung­nya.
 ??  ?? DAPATKAN tawaran
istimewa di Traveloka.
DAPATKAN tawaran istimewa di Traveloka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia