Harian Metro

SITUASI KERJA ‘MEMBUNUH’

-

Lalui tugasan dengan tenang untuk kehidupan lebih baik

500 BAKTERIA DI PEJABAT

Kajian daripada National Sciene Foundation, Amerika Syarikat mendapati 26 peratus penduduk negara itu tetap ke tempat kerja walaupun sakit.

Manakala, 34 peratus pula hanya menunggu rasa kritikal sebelum berehat di rumah.

Tahukah kamu terdapat lebih

500 jenis bakteria di pejabat? Hal ini dijelaskan The Environmen­tal Protection Agency (EPA) yang mengingatk­an mengenai ‘Sick Building Syndrome’ apabila situasi pekerja mengadu mengalami simptom sakit yang sama seperti sakit kepala, tekak, rasa lesu dan tak bermaya.

BERTAMBAH GEMUK

Menurut kajian kesihatan di Australia, seharian duduk berjamjam di kerusi memberi kesan negatif pada fungsi metabolism­e.

Ini bererti kurang kalori yang dibakar ketika duduk sehingga membawa kenaikan berat badan.

Selain itu, masalah lain seperti penyakit kencing manis dan jantung juga dikesan.

Jangan terkejut, risiko kematian juga meningkat contohnya wanita yang duduk lebih enam jam sehari keberangka­lian mati awal adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding orang yang duduk kurang tiga jam sehari.

MATA ROSAK

Seharian menghadap komputer cukup meletihkan yang dinamakan sindrom penglihata­n komputer.

Situasi ini menggambar­kan masalah berkaitan penglihata­n disebabkan penggunaan komputer yanglama.

Bukan saja kabur, kamu juga akan terasa kering di bahagian mata, pening dan sakit di bahagian bahu. Walaupun ia sementara, cuba beralih pandangan sekurangku­rangnya satu jam sekali dari komputer.

TEKANAN

Ini biasa kita dengar. American Psychologi­cal Associatio­n (APA) menjelaska­n ramai tertekan di tempat kerja dan mengalami simptom fizikal seperti sakit di bahagian kepala, keletihan, lesu serta loya malah boleh terpengaru­h dengan tindak balas berkaitan emosi seperti baran.

Separuh daripada pekerja yang dikaji selidik mendakwa pada mulanya mereka rasa tertekan kemudian ia memberi kesan negatif pula pada kerja seharian mereka.

Meskipun banyak cabaran di tempat kerja, cuba lalui dengan tenang dan senyum. Jangan lupa rehat secukupnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia