Harian Metro

Sebar ilmu perniagaan

-

perkhidmat­an percuma dari segi sesi kaunseling dan latihan dalam menyediaka­n wanita mempunyai pendapatan sendiri serta memulakan perniagaan.

Baginya, dia memegang prinsip pada zaman amat mencabar dari segi ekonomi, wanita tidak seharusnya bergantung 100 peratus kepada pasangan atau suami kerana tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Sumber kebergantu­ngan akan hilang dalam sekelip mata jika kematian suami tercinta.

“Saya ingin membantu saja kerana pernah berada di situasi itu dan tidak mahu wanita lain hadapi waktu kesusahan saya dulu. Peluang yang saya nampak jelas untuk membantu mereka dengan menyampaik­an ilmu dalam bidang perniagaan.

“Saya mahu besarkan potensi diri dan percaya perniagaan adalah platform tepat. Saya mahu membantu lebih ramai wanita dalam skala yang lebih besar untuk mereka belajar berniaga sekali gus menjana pendapatan bulanan sama ada sebagai pendapatan utama atau sampingan.

“Saya percaya wanita mempunyai jiwa dan sifat semula jadi untuk memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.

Berkongsi cabaran dalam perniagaan, Nur Fadzliah berkata, dia sentiasa berdepan cabaran utama dalam membentuk usahawan apabila bakal usahawan mempunyai empat sikap yang boleh menghalang kejayaan mereka antaranya sentiasa berasa selesa dengan keadaan sekarang.

Selain itu, mereka mempunyai ego untuk diajar, belajar dan mengajar orang lain untuk samasama berjaya, mengambil mudah impian dan matlamat kehidupan sendiri serta gagal mengawal emosi yang selalunya boleh mengganggu proses memperbaik­i diri.

“Saya mempunyai perancanga­n memiliki pusat latihan untuk membimbing lebih ramai bakal usahawan yang takut memulakan perniagaan.

“Di sini, kami akan membimbing mereka mengatasi ketakutan utama bagi memulakan dan membina perniagaan seperti kerugian atau tidak dapat semula pulangan modal, tiada orang mahu beli produk dan perniagaan tidak akan kekal lama.

“Kami juga mahu atasi kebimbanga­n mereka yang menganggap tiada siapa akan beri bimbingan dalam perniagaan, tidak tahu cara besarkan jualan perniagaan atau tak tahu strategi perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pahit manis yang dilalui mematangka­nnya malah antara perkara tidak dapat dilupakan apabila masalah kesihatan serius begitu membataska­n pergerakan seharian.

Sedangkan katanya, pada awal berniaga dia perlu mengangkat stok, memandu ke sana sini menguruska­n permintaan pelanggan seorang diri tidak kira siang atau malam, jauh atau dekat dia mesti pergi.

“Namun, kerana kebergantu­ngan kepada Allah untuk membantu saya, saya faham dari Dia jua datangnya semua jenis rezeki, Alhamdulil­lah. Kita fikir yang baik-baik, Allah berikan yang baik-baik pada kita.

“Ibu bapa adalah sebab terbesar saya ambil keputusan untuk berniaga. Saya fikir, sudah tiba masanya untuk memberikan segala kudrat dan masa yang saya ada untuk mereka.

“Jika mereka boleh susah payah besarkan dan sediakan sebaik mungkin keperluan untuk saya kecil, mengapa tidak saya? Mereka pun dulu belajar besarkan anak untuk hadapi apa jua cabaran kehidupan demi kita, jadi apa alasan saya untuk tidak berikan terbaik kepada mereka,” katanya.

Baginya kenangan yang tidak boleh dilupakan ketika kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada 2010. Walaupun sudah tujuh tahun berlalu, ia masih bermain dalam kotak pemikirann­ya.

Bagaimanap­un, ia sebenarnya mengubah dirinya terutama dalam melihat erti kehidupan dan menjadi pencetus kepadanya untuk memulakan perjalanan yang lebih bermakna. Nur Fadzliah amat bersyukur dijentik dengan ujian itu kerana ia umpama panggilan yang menyebabka­n dia terjaga dari tidur.

Nur Fadzliah tidak mahu wanita lain hadapi kesusahan

seperti dialaminya

 ??  ?? NUR Fadzliah dalam satu sesi konsultasi syarikatny­a.
NUR Fadzliah dalam satu sesi konsultasi syarikatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia