Harian Metro

Nur fadzliah

-

DARI MUKA 15

Bagaimanap­un, takdir sekali lagi memilih anak jati Terengganu ini menghadapi ujian mengubah hidupnya secara keseluruha­n apabila pada 2010, dia melalui pengalaman yang hampir membawanya ke gerbang kematian.

“Satu kemalangan ngeri mengubah hidup saya, daripada seorang yang aktif dan lasak kepada seorang terbatas pergerakan­nya. Kesan kemalangan itu, saya mengalami masalah diska tergelinci­r di bahagian leher dan pinggang.

“Ketika itu, saya bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Terengganu dan akibat kemalangan itu saya perlu menjalani fisioterap­i lebih enam bulan.

“Perjalanan untuk berjalan seperti biasa semula mengambil masa lebih setahun. Pada masa sama, untuk mengelak orang sekeliling susah kerana keadaan saya ini, saya ambil keputusan berhenti kerja pada 2013.

“Saya terpaksa mengambil cuti sakit yang agak lama untuk menjalani fisioterap­i hingga mengakibat­kan waktu pembelajar­an pelajar terganggu, secara tak langsung turut menyusahka­n rakan sekerja. Keputusan itu adalah yang terbaik dirasakan ketika itu,” katanya.

Ketika proses pemulihan itu, sekali lagi ujian menimpanya apabila baru- baru ini dia dilaporkan mempunyai masalah saraf yang amat sensitif terhadap pergerakan. Ini bermakna, peratus untuk menjadi lumpuh amat tinggi jika tidak dirawat dengan betul.

Namun, katanya, itu bukan penyebab dia perlu bersedih selamanya, sebaliknya mengambil keputusan memulakan perniagaan demi membantu wanita.

BERI MANFAAT KEPADA INSAN LAIN

Kini, Nur Fadzliah mampu tersenyum selepas badai yang menimpa kehidupann­ya, Allah hadirkan pelangi untuk dinikmati.

Syarikat konsultasi yang diusahakan­nya sejak lima tahun kini mempunyai lebih 1,500 orang di bawah naungan Top Leaders Circle Sdn Bhd.

Katanya, syarikat konsultasi itu memberikan

 ??  ?? KETIKA menerima anugerah pencapaian­nya.
KETIKA menerima anugerah pencapaian­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia