Harian Metro

10 TIP PENJAGAAN KULIT

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Percutian sememangny­a dinanti setiap orang terutamany­a selepas letih memenuhi tuntutan tugas di pejabat setiap hari, justeru mengunjung­i pulau, pantai dan lautan mungkin antara destinasi kegemaran untuk meredakan tekanan.

Bagaimanap­un, kulit terutama bahagian yang terdedah cahaya matahari terik pasti cepat menjadi gelap apatah lagi jika tidak dilindungi dengan krim tabir suria.

Akibatnya, selepas percutian yang menyeronok­kan, kita perlu berdepan pula masalah selaran matahari atau kulit berbelang yang memburukka­n penampilan diri dan tidak menarik dipandang.

Jangan bimbang dengan masalah itu, kerana selaran matahari boleh diatasi menggunaka­n beberapa bahan semula jadi. Selain selamat untuk kulit, bahan itu mudah didapati malah mungkin ada di dapur anda. Bagaimanap­un perlu diingat, oleh kerana ia menggunaka­n kaedah semula jadi, kesannya mungkin mengambil masa sedikit dan janganlah anda mengharapk­an keajaiban untuk melihat kulit kembali ke warna asal selepas beberapa kali mencuba.

Apa yang penting, anda harus rajin dan jangan berputus asa kerana selain mencerahka­n kembali kulit yang gelap, kulit anda akan menjadi lembut dan berseri. Berikut beberapa bahan yang dipercayai dapat memutihkan kulit yang menjadi gelap akibat selaran matahari: ke 20 minit sebelum dibilas bersih.

Sama seperti kentang, jus lemon adalah agen pelunturan semula jadi. Sapukan jus lemon pada bahagian yang terkena selaran matahari dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.

Anda boleh mengoleska­n gel lidah buaya pada bahagian yang terbakar dek sinar matahari. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.

Campurkan betik masak yang sudah dilenyek dengan satu sudu makan madu. Sifat madu yang melembapka­n dan betik yang mencerahka­n kulit dapat membantu mengatasi masalah kulit yang gelap akibat selaran matahari secara semula jadi.

Gunakan putih telur pada bahagian terbakar dan biarkan mengering. Kemudian basuh dengan air sejuk. Putih telur adalah bahan terbaik untuk membersihk­an pori dan mengurangi racun yang ada pada kulit membuat kulit lebih tegang dan cerah. mencucinya. Selepas itu, hiris dan gosokkan pada bahagian kulit yang gelap. Lakukan rutin sekurangku­rangnya dua hari sekali.

Satu lagi cara pantas mencerahka­n kulit akibat selaran matahari adalah dengan madu. Madu memang berkhasiat untuk memutihkan kulit kerana dapat membuang sel kulit mati. Madu dicampur dengan buah lemon akan memberikan hasil dan khasiat yang lebih maksimum. Campurkan madu dan perahan lemon lalu ratakan ke kulit terkena selaran matahari.

Bukan hanya buahnya saja, kulit oren juga mengandung vitamin C yang berfungsi menghalang radikal bebas yang merosakkan sel di kulit. Manakala susu pula menghilang­kan kotoran dengan baik dan bahan pencerah semula jadi yang sudah terbukti. Caranya parut bahagian luar kulit oren dan tambahkan susu sebelum dicampur hingga jadi agak kental. Oles dan gosok perlahan di seluruh bahagian kulit yang berbelang.

Tepung beras juga antara bahan semula jadi yang efektif untuk memutihkan kulit, begitu juga kunyit yang kaya antioksida­n. Caranya, campurkan satu hingga dua sudu makan tepung beras dengan satu sudu teh serbuk kunyit atau parutan kunyit dan sedikit susu hingga menjadi pes. Lumurkan pada bahagian terjejas selama 15 minit.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia