Harian Metro

Krim organik buatan sendiri

- DARI MUKA 15

Urutan kulit kepala diikuti di leher, bahu

dan bahagian atas punggung

Diasaskan oleh Gurjit Kaur, salun di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur itu menawarkan mandian krim rambut ala Indonesia yang sememangny­a terkenal dengan perawatan berkenaan, namun dibezakan melalui penggunaan minyak pati kelapa dara dan herba diadun bersama untuk meningkatk­an keberkesan­an rawatan.

Katanya, campuran bahan krim mandian rambut seperti minuman ‘smoothie’ berserta baunya yang enak, semuanya diadun sendiri bersama minyak pati herba buatannya juga untuk pelanggan menghadapi masalah seperti keguguran rambut.

“Saya guna herba buatan sendiri, yang ada antaranya saya dapatkan dari India. Penjagaan rambut cara orang India banyak menggunaka­n minyak, tetapi saya kurang gemar kerana rambut akan jadi terlalu berminyak, melekit dan sukar dicuci.

“Saya dapat idea menawarkan krim mandian rambut cara Indonesia menggunaka­n campuran yogurt, buah-buahan dan minyak pati herba buatan sendiri untuk membantu pelanggan yang ada masalah rambut gugur,” katanya.

Menurutnya, krim mandian rambut terdiri daripada ramuan tujuh herba dalam campuran yogurt, buah-buahan dan pati minyak yang menyediaka­n nutrisi untuk menguatkan folikel rambut.

Antara herba digunakan termasuk bunga ros India, amla, jintan hitam, daun neem, limau purut dan lemon yang dikeringka­n serta dikisar menjadi serbuk.

Katanya, yogurt dan buah-buahan seperti strawberi, avokado dan labu digunakan dalam campuran krim mandian supaya bau herba dicampur dapat dikurangka­n.

“Rambut gugur tanda ada sesuatu yang kurang dalam tubuh dan ramuan ini dapat memenuhi serta membekalka­n kekurangan itu sehingga hasilnya dapat dirasai seawal sesi pertama.

“Pelanggan akan melihat sendiri keguguran atau kehilangan rambut berkuranga­n. Rawatan ini sesuai untuk lelaki dan wanita termasuk selepas bersalin.

“Kami juga menyediaka­n bilik peribadi untuk pelanggan wanita Islam,” katanya.

Semua bahan itu mengandung­i khasiat yang baik untuk rambut misalnya, bunga ros India memberi kesan sejuk, menyegarka­n kulit kepala dan melembapka­n rambut.

Kandungan bunga ros India juga dikenali sebagai agen antikulat, antimikrob, antibakter­ia dan antioksida­n yang memberi kelegaan pada kegatalan kulit kepala, mengurangk­an keruping selain membantu pertumbuha­n rambut.

Amla, iaitu sejenis herba dari India kaya dengan vitamin C untuk menguatkan rambut, jintan hitam pula kaya sumber besi untuk rambut manakala daun neem sebagai antiseptik bagi mencegah kulat.

Penggunaan limau purut juga diketahui berkesan untuk merawat kelemumur dan lemon kaya nutrisi serta mengandung­i vitamin B yang penting bagi membantu penyerapan asid folik.

RAMUAN NUTRIEN UNTUK RAMBUT

Gurjit berkata, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabka­n keguguran rambut, oleh itu, semasa rundingan percuma, faktor yang kepada masalah ini dikenal pasti dan pelanggan disarankan dengan rawatan sewajarnya.

Selepas itu katanya, pemilihan ramuan ditunjukka­n kepada pelanggan dan campuran itu dilumur dan diurut pada kepala selepas rambut mereka dicuci.

Urutan kulit kepala diikuti dengan urutan leher dan bahu dan bahagian atas punggung. Urutan membantu mengurangk­an tekanan pelanggan, membuat mereka lebih relaks dan meningkatk­an peredaran darah sekaligus membantu penembusan herba yang lebih baik, sebelum rambut diwapkan.

“Kebiasaann­ya, hasil positif rawatan diperoleh dengan cepat kerana saya memilih ramuan dengan teliti. Ramuan itu perlu dicampur, disaring, dikisar sehalus mungkin. Banyak kerja yang perlu dilakukan dan penyediaan­nya memakan masa tetapi saya suka membuat ramuan ini sendiri.

“Apa saja rawatan yang saya tawarkan adalah asli kerana mahu memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa rawatan secara semula jadi boleh membantu pelbagai masalah rambut.

 ??  ?? RAMUAN organik yang akan dikisar menjadi krim mandian rambut.
RAMUAN organik yang akan dikisar menjadi krim mandian rambut.
 ??  ?? RAMBUT pelanggan sebelum (kiri) dan selepas rawatan.
RAMBUT pelanggan sebelum (kiri) dan selepas rawatan.
 ??  ?? KRIM organik yang akan diratakan di kepala
KRIM organik yang akan diratakan di kepala
 ??  ?? KRIM diratakan di seluruh kepala.
KRIM diratakan di seluruh kepala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia