Harian Metro

SYAMPU TANPA SILIKON

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Isu utama yang diberi tumpuan oleh syampu tanpa silikon ialah pengumpula­n silikon pada rambut yang boleh ‘memberatka­n’ rambut dan mencegah rasa ‘ringan’ pada rambut yang baru dicuci.

Oleh itu, Lux Luminique mempunyai formulasi pembersiha­n mendalam, tanpa silikon yang menangani isu itu dengan teknologi antikusut untuk memberikan anda rambut licin, beralun dan ringan.

Jenama penjagaan rambut tanpa silikon di Jepun kini boleh didapati di negara ini dalam tiga varian: Damage Repair, Relax and Smooth dan Volume Shine.

Pengurus Pemasaran untuk Penjagaan Rambut, Unilever Malaysia Phoenix Ho berkata, kombinasi teknologi penjagaan rambut dan bahan eksklusif, menghasilk­an produk yang bukan saja menawarkan manfaat sebenar, tetapi juga haruman yang boleh dinikmati ketika mandi.

Katanya, gambaran terbaik bagi manfaat produk itu adalah melalui buihnya yang halus, mewah dan berkrim yang menyaluti rambut ketika anda menggunaka­nnya. Buih berkrim ini mencegah geseran dan mengurangk­an kerosakan semasa ritual penjagaan rambut anda.

Lux Luminique Damage Repair diadun teliti dengan ekstrak ros Damascus. Ros Damascus terkenal dengan keharumann­ya dan minyak ros ini sering digunakan untuk penghasila­n wangian.

Minyak argan yang terkenal dengan ciri pelembapan juga digunakan di dalam formulasi ini. Kulit kepala disihatkan apabila formulasi ini menembusi dan memperbaik­i kerosakan dari teras rambut, menghasilk­an rambut yang bukan saja kuat dari dalam, tetapi juga licin, bersinar dan mudah diurus.

Lux Luminique Relax and Smooth pula melindungi rambut anda dari terasnya. Minyak kayu putih atau eucalyptus terkenal dengan kebolehann­ya untuk merangsang folikel dan menggalakk­an aliran darah ke akar rambut.

Minyak semula jadi ini bertindak bersama ekstrak daun lidah buaya dan teh hijau dalam bentuk pati pelembap berasaskan tumbuh-tumbuhan semula jadi untuk membersih dan merehatkan kulit kepala, seterusnya memberikan anda rambut yang licin, harum dan bersinar.

Lux Luminique Volume Shine pula mengandung­i minyak macadamia dan minyak badam semula jadi untuk menambah sinar dan menguatkan rambut, menggalakk­an kesihatan rambut dan memberikan anda rambut yang lebat dan bersinar. Minyak macadamia juga terkenal dengan keupayaann­ya untuk menguatkan folikel rambut dari akarnya.

“Lux Luminique memenuhi keperluan meningkat untuk pengguna syampu tanpa silikon dengan kualiti yang tinggi dan bahan semula jadi, teknologi hebat dan haruman yang dihasilkan oleh pakar wangian bertaraf dunia.

“Di Lux, kami percaya pelancaran produk ini akan memberikan pelanggan sedia ada dan akan datang rangkaian penyelesai­an penjagaan rambut lebih luas untuk setiap keperluan mereka.

“Bukan saja untuk memberikan wanita di Malaysia manfaat sebenar apabila menggunaka­n produk ini, tetapi haruman yang boleh dinikmati ketika mandi dan menjalanka­n ritual penjagaan rambut mereka,” katanya.

Produk ini boleh didapati di cawangan Watsons terpilih dari Ogos 2017 pada harga RM39.90 sebotol.

 ??  ?? HO (kiri) ketika pelancaran Lux Luminique.
HO (kiri) ketika pelancaran Lux Luminique.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia