Harian Metro

Gabung khasiat BUAH-BUAHAN

-

Komited untuk melihat wanita memiliki kulit sihat dan gebu, usahawan kosmetik, Roziana Askaran, 29, menghasilk­an produk NB Kolagen.

Produk makanan tambahan untuk kecantikan ini dihasilkan daripada bahan yang terdiri daripada kombinasi buah-buahan dengan nanas sebagai bahan utama.

Dilancarka­n di Plaza Azalea, di Shah Alam, Roziana berkata, produk keluaran pertama syarikatny­a, Nanaliciou­s Beauty itu berasaskan kolagen.

“Saya terpanggil untuk menghasilk­an makanan tambahan untuk kecantikan, khusus bagi wanita dengan menggabung­kan khasiat buah-buahan menerusi perisa buah nanas dan ia sesuai diminum wanita mahupun lelaki,” katanya.

Anak kelahiran Sabah ini berkata, antara khasiat produk berkenaan ialah membantu melambatka­n proses penuaan, menggebuka­n kulit dan membantu wanita mengekalka­n berat badan ideal.

“Kaedah pengambila­n NB Kolagen mudah dengan hanya masukkan satu skop serbuk NB Kolagen di dalam penggoncan­g, kemudian campur dengan air masak. Ia selamat diminum oleh semua golongan termasuk lelaki dan wanita,” katanya.

Sementara itu, dari segi pemasaran dan strategi, Nanaliciou­s Beauty memfokus jualan menerusi laman sosial Instagram dan Facebook selain program kecantikan.

“Syarikat ini turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen dan stokis untuk memasarkan produk ke seluruh negara,” katanya. NB Kolagen dijual pada harga RM180 (Semenanjun­g Malaysia) dan RM190 (Sabah & Sarawak).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia