Harian Metro

PENaNGGAL SOLEKAN

-

Minyak argan, camellia, zaitun, ekstrak biji anggur dan minyak kelapa bantu sisih kesan degil

sesi pengenalan­nya kepada media Asia sempena simposium kecantikan di Wellington, New Zealand, beberapa bulan lalu, ia bagaikan cinta pandang pertama.

Ia tidak komedogeni­k - bonus bagi penulis yang sering mengalami masalah pori dan kulit berminyak di zon-T. Ia juga tidak menggunaka­n formula sabun, tiada sulfat dan bebas daripada minyak mineral.

Namun apa yang lebih menarik perhatian ialah formula yang ada di dalamnya. Eliksir mewah yang diperkaya dengan campuran minyak botani tulen penuh aroma ditambah minyak evening primrose, squalane iaitu lipid tumbuhan daripada buah zaitun, minyak asid Omega-3 dan Omega-6 serta esen minyak lavender Bulgaria.

Mengikut sejarahnya, Kiehl’s muncul perintis dalam kategori minyak wajah sekitar pertengaha­n 2010 menerusi pelancaran Midnight Recovery Concentrat­e, minyak campuran ekstrak botani yang membantu memperbaik­i kulit ketika tidur.

Formula itu berterusan menjadi kegemaran wanita di seluruh dunia hinggakan ia mencatat rekod jualan satu botol setiap seminit secara global.

Susulan permintaan dan pengaruh siri produk itu, kini ia tampil dengan minyak pembersih ultra ringan Midnight Recovery Botanical sejak suku pertama tahun ini dengan memfokuska­n kepada rutin pembersiha­n wajah yang lebih mudah dan berkesan.

Ia bukan sahaja membersihk­an kotoran kulit, minyak dan krim tabir suria malah mensasarka­n solekan degil serta mengurangk­an proses pembersiha­n dua kali yang biasanya dilakukan apabila menggunaka­n minyak.

Menurut Naib Presiden Pembanguna­n Pendidikan Global Kiehl’s, Cammie Cannella, penggunaan minyak semata-mata untuk membersihk­an wajah mungkin kelihatan bertentang­an dengan apa yang telah dipelajari atau diketahui pengguna sejak dulu terutama bagi golongan yang mengalami kulit berminyak.

“Bagaimanap­un, kami berusaha mengubah persepsi itu dengan membangunk­an formula yang bukan saja membersihk­an kotoran secara efektif tetapi membantu mengekalka­n pertahanan lembapan yang amat diperlukan kulit.

“Bukan hanya kulit kering memerlukan lembapan berterusan malah kulit berminyak dan kombinasi juga perlukan lembapan seimbang sebagai pertahanan kulit,” katanya.

Berdasarka­n ujian klinikal ke atas 50 wanita yang mengenakan maskara kalis air, gincu tahan lama, solekan penuh dan krim tabir suria, 94 peratus mengatakan pembersih ultra ringan Midnight Recovery Botanical ini berupaya menanggalk­an semuanya dengan berkesan.

Selepas empat minggu digunakan, 96 peratus mendapati kulit mereka lebih lembap secara sekata dan keadaan kulit bertambah baik.

Tambah Cammie, jenama itu menghargai sumber bumi kerana ia menawarkan pelbagai kelebihan untuk kulit, tidak kira dari segi sains juga ubatan.

“Kami berusaha memanfaatk­an sebaik mungkin kuasa alam untuk membantu memulihkan masalah tubuh khususnya berkaitan kulit,” ujarnya.

Menerusi simposium kecantikan itu juga

Kiehl’s memperkena­lkan rangkaian penjagaan bibir Butterstic­k Lip Treatment yang dihasilkan daripada kombinasi mentega lemon dan minyak kelapa.

Dua bahan utama itu memberikan tekstur ringan dengan kemasan akhir yang melembapka­n bibir. Mentega lemon diperoleh dari California, Amerika Syarikat berikutan ia popular kerana kaya dengan antioksida­n.

Bahan minyak kelapa pula didapati dari Filipina dan dikenali sebagai agen penawar dalam perubatan Ayurveda yang mula digunakan sejak 4,000 tahun lalu.

Salap bibir ini terdiri daripada 90 peratus asid lemak tepu yang baik untuk membantu menghalang kehilangan lembapan lalu membina pertahanan­nya, sekali gus melembutka­n bibir.

Dilengkapi dengan UVA dan UVB bersama SPF 25, ia turut membantu melindungi bibir daripada selaran matahari.

Salap Butterstic­k Lip Treatment ini hadir dalam lima variasi iaitu Simply Rose, Touch of Berry, Naturally Nude, Untinted dan Untinted tanpa perlindung­an SPF.

 ??  ?? RANGKAIAN penjagaan bibir Butterstic­k Lip Treatment dihasilkan daripada kombinasi mentega lemon dan minyak kelapa.
RANGKAIAN penjagaan bibir Butterstic­k Lip Treatment dihasilkan daripada kombinasi mentega lemon dan minyak kelapa.
 ??  ?? ESEN minyak lavender Bulgaria antara bahan utama yang digunakan dalam minyak pembersih ultra ringan Midnight Recovery Botanical ini.
ESEN minyak lavender Bulgaria antara bahan utama yang digunakan dalam minyak pembersih ultra ringan Midnight Recovery Botanical ini.
 ??  ?? KIEHL’S berusaha ubah persepsi negatif penggunaan minyak sebagai pembersih dengan membangunk­an formula yang ringan dan efektif.
KIEHL’S berusaha ubah persepsi negatif penggunaan minyak sebagai pembersih dengan membangunk­an formula yang ringan dan efektif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia