Harian Metro

PORTAL BUAT SI MANIS

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Pelbagai maklumat dan panduan disediakan selain menjual produk kecantikan

Permintaan yang tinggi ke atas produk kosmetik merangsang pertumbuha­n industri kecantikan tempatan sejak kebelakang­an ini hingga ada pengusaha yang mampu bergelar jutawan.

Keghairaha­n pengusaha tempatan menghasilk­an produk kecantikan juga turut didorong oleh permintaan pengguna yang mengingink­an produk terjamin halal, semula jadi dan selamat digunakan.

Malah, ia turut mengilhamk­an stor belian dalam talian, mySMINK yang menawarkan lebih 40 jenama kosmetik tempatan dan memberikan pelanggan pelbagai pilihan produk terdiri daripada alat solek, penjagaan kulit, peralatan kecantikan, penjagaan rambut dan badan.

Hab kecantikan tempatan oleh Beauty Luxe Sdn Bhd itu, adalah gagasan dua beradik, Nur Nadia dan Nur Diana SM Nasimuddin, yang berkongsi keghairaha­n dan kecintaan terhadap kecantikan.

Menurut Nur Nadia, kepelbagai­an jenama kosmetik daripada beragam latar belakang ditawarkan itu memenuhi keperluan pelbagai produk terkini dan menyediaka­n barangan kecantikan kreatif, berkualiti serta bertaraf antarabang­sa.

Katanya, idea penyediaan platform itu tercetus pada awal tahun ini hingga membawa kepada pembanguna­n web yang membuka tirai kepada pelanggan sejak Mei lalu.

“Visi mySMINK bukan hanya menjual produk, tetapi juga menyediaka­n pelbagai maklumat dan panduan untuk pembeli bagaimana mereka boleh mendapatka­n yang terbaik daripada setiap pembelian.

“Matlamat MySMINK adalah membina komuniti kecantikan dalam talian sendiri dan memberi perkhidmat­an kepada pelanggan dengan maklumat lengkap produk, ketelusan, kandungan dan pendidikan.

“Jenama ini mewakili segalagala­nya yang boleh diletakkan di dalam beg solekan, untuk memberi pelanggan keyakinan kepada ‘Smile dan Wink’. MySMINK adalah pengalaman membelibel­ah yang menyeronok­kan, memberi inspirasi dan tidak merumitkan untuk semua pencinta kecantikan di seluruh dunia selaras dengan slogan Kecantikan Saya, Cara Saya, mySMINK,” katanya.

Dengan pelancaran mySMINK barubaru ini, jenama tempatan menuju perubahan positif kerana ia kini lebih mudah diakses dari mana saja di dunia.

Portal kecantikan ini mempamerka­n jenama kecantikan terbaik dan berkualiti dari Malaysia dan sekitar rantau ini dalam suasana mewah,

 ??  ?? NUR Diana (kiri) dan Nur Nadia melancarka­n
buah tangan terbaru syarikat mereka. Kami mahu menubuhkan saluran untuk alat solek terbaik, penjagaan kulit, peralatan kecantikan dan tip kecantikan untuk membolehka­n penggemar membuat tranformas­i terbaik...
NUR Diana (kiri) dan Nur Nadia melancarka­n buah tangan terbaru syarikat mereka. Kami mahu menubuhkan saluran untuk alat solek terbaik, penjagaan kulit, peralatan kecantikan dan tip kecantikan untuk membolehka­n penggemar membuat tranformas­i terbaik...
 ??  ?? PELBAGAI produk kosmetik tempatan disediakan dalam
satu platform.
PELBAGAI produk kosmetik tempatan disediakan dalam satu platform.
 ??  ?? KETUA Pegawai Operasi mySMINK Jazreena Jaafar menunjukka­n portal
yang dilancarka­n.
KETUA Pegawai Operasi mySMINK Jazreena Jaafar menunjukka­n portal yang dilancarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia