Harian Metro

ANGGUN KETIKA MAKAN MALAM

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Menerima jemputan majlis makan malam ada kalanya memeningka­n buat sesetengah wanita. Mana tidaknya, banyak perkara yang perlu dititikber­atkan seperti pemilihan pakaian sesuai mahupun solekan.

Jika tidak kena cara dan gaya tentu saja penampilan kita akan menjadi bahan bualan atau kutukan. Maka amat penting jika kita tahu sedikit sebanyak mengenai solekan yang sesuai digayakan untuk menghadiri majlis makan malam.

Banyak wanita bersolek sesuka hati tanpa teknik yang betul dan hasilnya tidak memuaskan atau menampakka­n wajah lebih kusam. Sebenarnya, jika kena de–ngan teknik solekan wanita akan tampil anggun dan bergaya.

Sehubungan itu, seseorang wanita perlu mengetahui teknik bersolek mengikut tema yang bersesuaia­n dengan majlis atau tempat yang ingin dihadiri.

Jurusolek artis, Zakaria Zainal atau lebih mesra dipanggil Zack berkata, teknik betul dan pemilihan warna yang sesuai bukan sahaja boleh membantu membangkit­kan keremajaan seseorang, paling utama menutup kekurangan pada wajah.

Selain itu katanya, solekan yang dikenakan perlu disesuaika­n bagi setiap majlis atau tempat yang ingin dihadiri agar tidak kelihatan janggal atau tenggelam.

Untuk wanita berusia 40-an, disebabkan faktor usia, kulit pasti memiliki garis halus, kedutan, dan kadangkala ton pucat dan tidak sekata. Oleh itu, solekan malam memerlukan teknik yang betul agar wanita berusia tetap tampil menarik dan lebih muda daripada usia sebenar.

“Bagi solekan untuk menghadiri majlis pada waktu malam, elakkan warna tanah atau semula jadi kerana cahaya yang lebih malap tidak menyerlahk­an solekan. Sebaik-baiknya gunakan warna cerah untuk menampakka­n wajah lebih berseri,” katanya.

Zack berkata, antara tip untuk solekan malam bagi wanita berusia adalah menggunaka­n bedak asas yang mengandung­i serum agar kulit lebih lembap, kenyal dan tegang diikuti alas bedak jenis ‘radiance’ untuk wajah tampak menyerlah.

Selepas itu, alas bedak biasa diratakan pada seluruh wajah mengikut kesesuaian warna kulit. Alas bedak berfungsi menutup cela atau parut kecil pada wajah, tetapi jika terlalu tebal akan membuatkan solekan kelihatan seperti topeng. Cara terbaik sapukan alas bedak secara tipis dan diratakan sebelum menggunaka­n bedak tabur.

Selepas itu, gunakan pensel mata atau berus kening dan bentukkan kening mengikut kesesuaian bentuk wajah. Untuk kelihatan muda dan lebih lembut, pastikan warna pensel mata tidak terlalu gelap. Warna coklat gelap pilihan terbaik.

Sapukan pembayang mata pada bahagian kelopak Pilih warna cerah dan terang supaya dapat menyerlahk­an lagi wajah. Pembayang mata dengan warna terang ini dapat menyerlahk­an seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel.

Kemaskan bulu mata menggunaka­n maskara. Gunakan celak di bahagian dalam dan luar alis kelopak mata diikuti memakai bulu mata palsu bagi menaikkan pesona mata dalam cahaya samar.

Untuk membentuk wajah pula, gunakan teknik ‘shading’ atau bayangan agar bahagian seperti hidung dan tulang pipi nampak menyerlah sebelum menyapukan pemerah pipi di atas shading. Untuk solekan malam, pemerah pipi perlu lebih terang berbanding siang.

Bentukkan bahagian luar bibir dengan pensel bibir sebelum mengoles gincu mengikut kesesuaian busana. Biasanya warna gincu kontra dengan pakaian membolehka­n seseorang itu tampil lebih menarik.

Untuk sentuhan terakhir, gunakan penyerlah di bahagian zon T wajah bagi menyerlahk­an solekan namun sapuan haruslah tipis. Zack menunjukka­n langkah solekan untuk majlis makan malam.

Pemilihan warna sesuai, solekan menarik jadikan wanita tampak muda

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? RATAKAN bedak asas pada seluruh wajah bermula bahagian bawah mata .
FOTO: RATAKAN bedak asas pada seluruh wajah bermula bahagian bawah mata .
 ?? KASIH: ?? WAJAH sebelum disolek.
KASIH: WAJAH sebelum disolek.
 ??  ?? PAKAI bulu mata palsu untuk efek mata lebih galak.
PAKAI bulu mata palsu untuk efek mata lebih galak.
 ??  ?? SAPUKAN pembayang mata dengan warna lebih cerah dan terang.
SAPUKAN pembayang mata dengan warna lebih cerah dan terang.
 ??  ?? GUNA penyerlah di zon T untuk serlahkan solekan.
GUNA penyerlah di zon T untuk serlahkan solekan.
 ??  ?? KEMASKAN bulu mata menggunaka­n maskara dan pakai celak mata di alis mata.
KEMASKAN bulu mata menggunaka­n maskara dan pakai celak mata di alis mata.
 ??  ?? SAPUKAN pemerah pipi berwarna cerah.
SAPUKAN pemerah pipi berwarna cerah.
 ??  ?? BENTUKKAN kening mengikut kesesuaian wajah.
BENTUKKAN kening mengikut kesesuaian wajah.
 ??  ?? OLES gincu berwarna terang atau kesesuaian busana.
OLES gincu berwarna terang atau kesesuaian busana.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia