Harian Metro

IBU ANGKAT PUAKA

Budak 6 tahun diberi makan najis, kemaluan dicurah sambal, badan diseterika

- lapor Mohamad Azim Fitri Abd Aziz >2

> Kemaluan dicurah sambal, diberi makan najis, dipaksa tidur di bahagian stor rumah, dipukul setiap hari menggunaka­n rotan, disimbah air panas selain badan diseterika akibat kesalahan kecil. Itulah azab seorang budak perempuan berusia enam tahun sepanjang lapan bulan hidup bersama ibu angkatnya,

“Saya tidak sangka dia (saudara terdekat) sanggup memperlaku­kan anak saya seperti binatang. Kalau saya tahu hendak jadi begini, saya tidak akan serahkan anak saya menjadi anak angkatnya.”

Begitu luahan Umi Hamzah, 35, ibu kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang menjadi mangsa penderaan kejam saudara sendiri sejak beberapa bulan lalu selepas mangsa tinggal bersama wanita berkenaan di sini.

Antara dakwaan kekejaman berkenaan termasuk kemaluan dicurah sambal cili, diberi makan najis, dipaksa tidur di bahagian stor rumah, dipukul setiap hari menggunaka­n rotan, disimbah air panas selain badan diseterika akibat kesalahan kecil.

Menurutnya, perkara itu didedahkan anak perempuann­ya Jumaat lalu.

Ini selepas dia mengambil keputusan mengambil mangsa semula selepas lapan bulan dijaga wanita berkenaan yang berusia 29 tahun.

Umi berkata, dia mendapati anaknya dalam keadaan lemah selain kepalanya dibotakkan.

Katanya, anak bongsunya itu memaklumka­n dia sering dirotan dan disimbah air panas, malah kemaluanny­a dicederaka­n menggunaka­n sambal cili disebabkan kesalahan kecil yang dilakukann­ya.

“Saya tanya anak saya apa yang dia (wanita itu) lakukan, saya seperti tidak percaya dan hampir menitiskan air mata apabila terbayangk­an penderitaa­n dan penyeksaan ditanggung anak saya itu.

“Memang susah hendak percaya kerana sebelum ini hubungan kami baik, saya dan suaminya tidak mempunyai masalah. Tergamak dia memperlaku­kan anak saya sedemikian rupa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Umi mendakwa lebih menyedihka­n anaknya memberitah­u dipaksa memakan najis serta tidur di dalam stor dan ini menimbulka­n kemarahann­ya.

Dia menghubung­i wanita itu untuk mendapatka­n penjelasan.

“Saya diberitahu segala kecederaan anak saya itu disebabkan kenakalan hingga sering terjatuh.

“Saya tidak dapat terima alasan itu sebelum membuat laporan polis semalam (kelmarin) di Balai Polis Jaya Gading,” katanya.

Menurut Umi, ketika melawat anaknya pada Aidifitri lalu, dia ada menemui beberapa kesan lebam pada badan anaknya itu, tetapi tidak mengesyaki sesuatu yang buruk.

Ini kerana wanita itu menjelaska­n segala kecederaan berkenaan disebabkan anaknya yang sering terjatuh ketika bermain.

“Saya harap polis dapat menyiasat kes ini dan membawa mereka yang mendera anak saya ke muka pengadilan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahka­n menerima laporan dibuat keluarga mangsa.

Beliau berkata, pihaknya kini menjalanka­n siasatan lanjut, termasuk membawa mangsa menjalani pemeriksaa­n perubatan sebelum tindakan menahan suspek diambil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2010,” katanya.

>>Kemaluan dicurah sambal cili, diberi makan najis, tidur di stor, dipukul setiap hari, badan diseterika  Ibu kesal anak diserah kepada keluarga angkat didera saban hari Kemaluanny­a dicederaka­n menggunaka­n

sambal cili

Umi

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN budak yang didakwa didera keluarga angkatnya.
KEADAAN budak yang didakwa didera keluarga angkatnya.
 ??  ?? KEPALA mangsa yang cedera dan dibotakkan.
KEPALA mangsa yang cedera dan dibotakkan.
 ??  ??
 ??  ?? PARUT pada badan mangsa yang cedera didakwa didera.
PARUT pada badan mangsa yang cedera didakwa didera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia