Harian Metro

TEMBAK ABANG ‘CINTAI’ ISTERI

- Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

 Lelaki Orang Asli disyaki jalin hubungan sulit putus tangan kiri ditembak saudara kandung

Seorang lelaki Orang Asli putus tangan kiri selepas terkena tembakan yang dilepaskan adik kandungnya kerana disyaki menjalinka­n hubungan sulit dengan isteri adiknya di Kampung Berengoi, Bukit Ibam, Muadzam Shah, di sini, pada 7 Ogos lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa berusia 23 tahun yang cedera parah pada tangan kiri nekad berlari ke rumah ibu saudaranya berusia 48 tahun dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superinten­dan Azli Mohd Noor berkata, mangsa dibantu ibu saudaranya lalu dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah, dekat sini.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa yang mencari rotan dihampiri adiknya berusia 19 tahun sebelum berlaku pergaduhan kerana dituduh menjalinka­n hubungan dengan isteri suspek iaitu adik iparnya juga berusia 19 tahun,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa menafikan menjalinka­n hubungan terlarang itu namun suspek tidak mempercaya­inya lalu melepaskan satu das tembakan dan terkena pada tangan kiri abangnya.

Katanya, polis sudah menahan suspek terbabit di pekarangan Balai Polis Bukit

Ibam selepas menyerah diri pada jam 11 pagi, Khamis lalu (10 Ogos).

Menurutnya, polis merampas selaras senapang patah dan senapang angin buatan sendiri yang ditemui dalam pondok di belakang rumahnya bersama sebutir kelongsong peluru.

“Siasatan turut mendapati, suspek mencipta kedua-dua senjata itu sejak lima tahun lalu dan menyembuny­ikannya di dalam pondok.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis menunjukka­n senapang yang dirampas daripada lelaki Orang Asli.
ANGGOTA polis menunjukka­n senapang yang dirampas daripada lelaki Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia